Mahasiswa UPSI Cipta Sejarah, Jadi Penerima Pertama Tajaan Tokoh Siswa Luar Negara
Inspirasi kepada semua penuntut UPSI dan mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama menerima penajaan Tokoh Siswa Negara
Dilaporkan oleh Harian Metro, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff mengatakan pemilihan Ng Zhen Fan Shankar, 27, sebagai satu kebanggaan kerana beliau menjadi antara mahasiswa yang melakar pelbagai pencapaian hingga ke peringkat antarabangsa.
"UPSI melahirkan rasa bangga atas pemilihan yang dibuat oleh KPT untuk menaja sepenuhnya sepanjang pengajian Zhen Fan Shankar melanjutkan pengajian dalam jurusan Sarjana Perakaunan dan Kewangan di University of Leeds, United Kingdom.
"Beliau sememangnya seorang mahasiswa yang sangat aktif, malah melakar pencapaian di peringkat universiti, nasional dan antarabangsa," katanya.

Ng meraih pelbagai pencapaian yang menjadi inspirasi untuk semua penuntut UPSI
Ng Zhen Fan Shankar adalah Anugerah Tokoh Siswa Negara, Anugerah Perdana Naib Canselor, Anugerah Kepimpinan MPP, Anugerah World Leader Changemaker, Anugerah Ikon ESG KPT 2024 dan pernah menjadi Delegasi Malaysia ke ASEAN Youth Conference yang berlangsung di Pejabat Kedutaan ASEAN Indonesia.
"Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua penuntut UPSI untuk aktif mengikuti pelbagai program sama ada di dalam atau luar negara," katanya.
Ng yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakauanan bangga dan terharu atas pemilihan ini apatah lagi menjadi calon pertama yang ditaja di bawah Biasasiswa Tokoh Siswa KPT Luar Negara.

"Saya akan berada di United Kingdom selama setahun dan akan memanfaatkan peluang dan penghargaan oleh KPT ini dengan sebaik mungkin.
"Saya berazam untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah dan memasang impian untuk menjadi pensyarah," katanya.
Kedua-dua ibu bapa Ng menganggap pemilihan anak mereka adalah rezeki yang sangat berharga demi masa depan mereka sekeluarga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via