Makin Mengarut! Vape Perisa Kari Kini Jadi Taktik Baharu Jerat Pelajar Sekolah

Tidak cukup dengan perisa-perisa biasa, kini ada perisa esotik untuk vape.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lemon8 & Universiti Malaya

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Vape mempunyai pelbagai perisa dari buah-buahan, minuman, pencuci mulut dan kini dengan perisa kari

Tetapi vape perisa baharu ini telah mencetuskan kebimbangan selepas menjadi taktik sesetengah pihak untuk menjerat golongan remaja.

Dilaporkan oleh Kosmo, vape berperisa kari ini muncul di Pulau Pinang dan perisa ini sangat dekat dengan hidangan masyarakat tempatan yang dipercayai dihasilkan untuk mengumpan dan menarik minat pengguna baharu terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Perkara ini telah didedahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengakui trend tersebut membimbangkan kerana pengeluar vape tidak pernah berhenti menghasilkan perisa unik dan bagi memastikan produk mereka mendapat perhatian pasaran.

SAYS.com

Pegawai Penyelidik Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V Subbarow

Image via Kosmo / Noor Hasliza Nusi

Perisa gulai atau kari jadi faktor utama penarik golongan muda mencuba

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan CAP, N. V. Subbarow mengatakan vape perisa baharu ini ditemui selepas hasil makluman daripada pengusaha vape di Pulai Pinang selepas tinjauan.

"Perisa kari atau gulai yang sinonim dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang dilihat menjadi antara faktor utama menarik golongan muda untuk mencuba sesuatu yang baharu.

"Sebelum ini, perisa vape ­lebih tertumpu kepada rasa buah-buahan seperti strawberi, mangga, laici dan blueberry, tetapi kini semakin banyak variasi baharu diperkenalkan untuk menarik pengguna,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Kosmo

Vape itu juga dijual di Pulau Pinang dari pengusaha sendiri dan dijual pada harga RM10 hingga RM15.

"Kami dimaklumkan mengenai vape berperisa kari yang dijual di Pulau Pinang daripada pengusahanya sendiri dan dijual pada harga sekitar RM10 hingga RM15. Perkara ini menunjukkan industri tersebut sentiasa menghasilkan perisa baharu untuk menarik pengguna," kata Subbarow.

Menurut beliau lagi, lambakan perisa vape kini semakin membimbangkan serta lebih ramai remaja dan pelajar terpengaruh untuk mencubanya kerana dianggap lebih menarik berbanding rokok biasa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via The Sun

"CAP sudah bertahun-tahun berjuang tentang bahayanya vape kepada pengguna. Kemun­culan vape perisa baharu ini berupaya mengubah corak hidup remaja kepada penyalahgunaan dadah yang lebih teruk.

"Mula-mula mereka ambil vape perisa buah-buahan dan jika mahu rasa lebih spicy (berempah), maka mereka boleh cuba perisa kari.

"Konon mahu nampak macho dan bila sudah ketagih, mereka mulalah terjebak dengan vape 'mushroom' dan dadah Piu Piu pula.

"Paling membimbangkan CAP apabila ramai pengguna terutama anak muda menganggap peranti elektronik tersebut memberi ketenangan selain mempu­nyai aroma yang lebih me­nyenangkan,"
dedah Subbarow.

Isu ini memerlukan tindakan segera daripada kerajaan, sekolah serta ibu bapa bagi melindungi generasi muda dari terdedah kepada budaya vape dan penggunaan bahan terlarang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: