Malaysia Kini Jadi Negara Ke-7 Di Dunia Paling Dipercayai Rakyat – Edelman Trust

Malaysia telah meletakkan dirinya antara negara paling dipercayai di dunia

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Vocket & Tatler Asia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia kini adalah negara ketujuh paling dipercayai rakyat terhadap institusi utama negara

Data ini adalah berdasarkan Indeks Kepercayaan Malaysia yang telah meningkat kepada 71 mata tahun ini berbanding 66 pada tahun lepas. Malaysia ada salah satu 28 negara yang dikaji untuk melihat tahap kepercayaan rakyatnya.

Dilaporkan oleh Berita Harian, kajian ini dibuat oleh Edelman Trust Barometer 2026 yang menunjukkan kebimbangan terhadap peningkatan sikap tidak mempercayai golongan yang mempunyai pandangan, latar belakang dan sumber maklumat yang berbeza.

Malaysia telah berjaya membangunkan negara di mana negara ini telah berjaya berada di antara kedudukan tinggi negara paling dipercayai dunia.

SAYS.com
Image via Travel and Leisure Asia

Adalah satu cabaran untuk memperluaskan kepercayaan merentasi kelompok masyarakat berbeza

Ketua Pegawai Esekutif Edelman Malaysia dan Penasihat Kanan Edelman Asia Tenggara, Mazuin Zin, mengatakan Malaysia akan menghadapi cabaran untuk memperluaskan kepercayaan kepada kelompok masyarakat yang berbeza.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Edelman Malaysia dan Penasihat Kanan Edelman Asia Tenggara, Mazuin Zin

Image via Marketing Interactive

Kepercayaan ini lebih tertumpu kepada kelompok yang mempunyai nilai, sumber maklumat dan komuniti yang sama.

"Malaysia tidak boleh terus menikmati tahap kepercayaan yang tinggi sekiranya jurang dalam masyarakat semakin ketara. Merapatkan jurang bukan sahaja penting daripada sudut sosial, tetapi juga penting untuk memastikan pertumbuhan negara dapat diteruskan.

"Komunikasi memainkan peranan penting dalam menyatukan semua pihak,"
katanya.

Kajian itu turut menunjukkan 65% rakyat Malaysia mempunyai kecenderungan 'insular trust mindset' iaitu satu permikiran yang berasa ragu atau enggan mempercayai individu berbeza nilai, pandangan sosial atau latar budaya.

Dalam pada itu, 37% rakyat Malaysia banyak mendapatkan maklumat daripada sumber yang mempunyai pandangan politik yang berbeza sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Hampir 90% rakyat Malaysia tidak mempercayai orang yang berbeza pandangan

Dalam kenyataan ini juga, 87% rakyat Malaysia percaya bahawa orang ramai tidak mempercayai mereka yang berbeza pandangan sehingga cenderung untuk memburukkan satu sama lain.

65% rakyat Malaysia pula tidak berfikiran terbuka dimana mereka keberatan atau enggan percaya kepada individu yang berbeza pandangan.

Tetapi dari sudut ekonomi, 39% rakyat percaya generasi akan datang akan menikmati kehidupan lebih baik berbanding hari ini dan sebanyak 73% bimbang atas pihak asing yang sengaja menyebarkan maklumat palsu ke media tempatan.

Kebimbangan ini adalah satu cabaran besar untuk diatasi oleh Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: