Maxis & U Mobile Pertimbang Semula Untuk Gabung Syarikat, Bakal Jadi Yang Terbesar

Jika berjaya, Maxis dan U Mobile akan dinilai lebih dari RM30 bilion.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Maxis dan U Mobile dilaporkan dalam perbincangan semula untuk mengabungkan kedua-dua syarikat telekomunikasi tersebut

Dilaporkan oleh Bloomberg, Maxis baru sahaja menghubungi pihak bank dan firma untuk mendapatkan kembali usul mengenai pengambil-alihan ini.

Setakat ini, Maxis dinilai dalam sekitar RM28.3 bilion mengikut harga saham, manakala U Mobile bernilai sekitar RM10 bilion atau lebih.

Untuk makluman, perkara ini bukan pertama kali diusulkan. Maxis pernah mengusulkan perkara sama pada tahun 2024. Perkara ini berlaku sejurus selepas gabungan diantara Celcom dan Digi dahulu.

The Edge juga telah melaporkan perkara ini pada Februari lepas dimana kata sepakat tidak dapat dicapai kerana perselisihan harga.

SAYS.com
Image via Amanz

Maxis dan U Mobile bakal menjadi syarikat telko paling besar di Malaysia jika bergabung

Jika gabungan ini berjaya mencapai kata putus, gabungan kedua-dua telekomunikasi ini bakal menjadi yang paling besar dalam Malaysia.

Setakat ini masih belum ada kata putus mahupun persetujuan di antara dua pihak.

Image via New Straits Times

CelcomDigi setakat ini dinilai sekitar RM29 bilion dan jika gabungan ini berjaya, U Mobile bakal mendapat kelebihan rangkaian 5G kedua negara kerana syarikat telekomunikasi lain menggunakan infrastruktur DNB.

Maxis Bhd setakat ini tidak mengesahkan atau menafikan laporan media mengenai gabungan tersebut. Tetapi mereka sentiasa menilai peluang strategik dan kerjasama yang mempunyai nilai berharga.

Image via Digital Banker

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS