MB Negeri Sembilan, Ismail Lasim Umum Hari Isnin (3 Ogos) Sebagai Cuti Peristiwa

Dalam pada itu, 10 Exco dalam kalangan BN-PN bakal dimuktamadkan minggu depan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UTUSAN/ISKANDAR ISHAK & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dilantik, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengumumkan esok, Isnin (3 Ogos), sebagai cuti peristiwa bagi seluruh negeri Negeri Sembilan

Pengumuman berkenaan dibuat sejurus selepas beliau secara rasmi memulakan tugas bagi memimpin pentadbiran kerajaan negeri yang baharu.

Menurut Ismail, pemberian cuti peristiwa ini merupakan tanda penghargaan serta rasa syukur atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Negeri Sembilan sepanjang proses peralihan pentadbiran.

SAYS.com
Image via Malaysia GazetteImage via

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan bahawa pembentukan dan senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijangka akan diselesaikan sepenuhnya pada minggu depan.

Jelas beliau lagi, pelantikan Exco kali ini akan mengambil kira penglibatan dan komposisi daripada semua parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: