Najib Kekal No.1 Di Media Sosial, Syed Saddiq Raja Gen Z – Kajian ILHAM Centre

Menurut analisis, Najib mempunyai seramai 9.35 juta pengikut secara keseluruhan di Facebook, YouTube, X, Instagram, TikTok dan Threads.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bloomberg & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran politik dan perundangan, bekas Perdana Menteri, Najib Razak masih kekal sebagai pemimpin politik Malaysia paling berpengaruh di media sosial dengan jumlah pengikut tertinggi merentasi semua platform utama

SAYS.com
Image via Bloomberg

Perkara itu didedahkan menerusi analisis terbaharu oleh ILHAM Centre yang mendapati Najib mempunyai seramai 9.35 juta pengikut secara keseluruhan di Facebook, YouTube, X, Instagram, TikTok dan Threads.

Menurut kajian tersebut, kekuatan utama Najib terletak pada platform Facebook dengan 4.6 juta pengikut serta X yang mencatatkan 3.2 juta pengikut, sekali gus menunjukkan pengaruh besar beliau dalam kalangan pengguna media sosial yang lebih matang dan aktif mengikuti perkembangan politik semasa.

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran politik dan perundangan, jenama politik Najib masih mempunyai daya tarikan digital yang sangat tinggi," menurut analisis yang dikongsikan oleh ILHAM Centre.

Di belakang Najib ialah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dengan 8.11 juta pengikut, diikuti Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memiliki 7.9 juta pengikut merentasi pelbagai platform media sosial.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada di tangga keempat dengan 7.6 juta pengikut, diikuti bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengumpul 6.4 juta pengikut.

Syed Saddiq dominasi TikTok, Instagram dan Threads

SAYS.com
Image via ILHAM Centre

Walaupun tidak menduduki tangga teratas secara keseluruhan, Syed Saddiq muncul sebagai pemimpin politik paling dominan dalam kalangan pengguna muda apabila mengungguli tiga platform utama iaitu Instagram, TikTok dan Threads.

Beliau merekodkan 2.2 juta pengikut di Instagram, 2.3 juta di TikTok serta 643,000 pengikut di Threads, menjadikannya antara figura politik paling dekat dengan generasi muda khususnya Gen Z.

ILHAM Centre menyifatkan pencapaian itu sebagai petunjuk jelas bahawa Syed Saddiq mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam segmen pengundi muda yang semakin aktif mendapatkan maklumat politik melalui platform digital berasaskan video pendek dan kandungan interaktif.

YouTube masih belum dimanfaatkan sepenuhnya

Dalam masa sama, kajian tersebut turut mendapati YouTube masih belum digunakan secara optimum oleh kebanyakan pemimpin politik negara meskipun platform itu berpotensi besar untuk menyampaikan penerangan dasar dan analisis secara lebih mendalam.

Menariknya, Rafizi Ramli yang berada di kedudukan kelapan keseluruhan muncul sebagai pemimpin politik dengan jumlah pengikut tertinggi di YouTube iaitu sekitar 137,000 pengikut. Beliau diikuti oleh Mahathir Mohamad dan Khairy Jamaluddin.

Menurut ILHAM Centre, trend itu membuktikan bahawa kandungan berbentuk penerangan dasar, analisis isu semasa dan perbincangan panjang masih mempunyai kelompok penonton tersendiri walaupun populariti video pendek terus meningkat.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: