Nasi Lemak RM35, Indomie RM30 Naik Harga Di Sepang Sempena F1 GP Bahrain
Sediakan duit lebih sikit beli makanan nanti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peminat Formula 1 yang hadir ke Sepang hujung minggu ini perlu membawa bajet lebih untuk membeli makanan
Harga makanan boleh mencecah puluhan ringgit dan makanan yang selalunya murah akan menjadi lebih tinggi daripada biasa.
Harga nasi lemak dengan telur goreng sahaja mencecah RM35 dan buah potong boleh mencecah RM20.
Bagi peminat dari Malaysia, harga-harga ini membuka mata dan mungkin lebih menarik daripada melihat trek berlumba nanti.
Sebagai contoh, membeli empat nasi ayam sahaja sudah mencecah RM120 ini adalah tidak termasuk air atau buah-buahan.
Netizen juga mengatakan semua makanan yang dijual bukanlah eksotik dan hanyalah makanan ruji dan harian rakyat Malaysia.

Netizen juga terkejut dengan harga melambung tetapi faham mengapa ia mahal
Sepang International Circuit (SIC) bakal dipenuhi orang ramai untuk acara tiga hari.
Reaksi netizen juga berbeza-beza, ada yang merasakan ia terlalu mahal atau yang hanya menerima sahaja harga itu kerana makan bukan motif utama untuk melihat perlumbaan F1.
Makanan dan minuman dari luar juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke acara nanti.

"Baik duduk rumah dan tengok. Ada aircond dan boleh makan apa sahaja yang awak mahu. Dengan jerebu dan panasnya, baik elakkan"
"Tiada masalah, orang yang pergi kesana mempunyai wang."
"Tapak situ mahal kan, itu yang harganya naik. Lagipun ini acara mewah."
"Mungkin kita boleh mempunyai harga yang lebih rendah untuk penduduk tempatan?"

Untuk seorang sahaja, mungkin harga ini biasa-biasa, tetapi yang pergi dengan keluarga perlu mengeluarkan bajet lebih untuk makanan.
Bukan makanan Malaysia sahaja, tetapi Bahrain pun ada
Bukan makanan Malaysia sahaja, disebabkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix diadakan di Malaysia, pengalaman Bahrain juga akan dibawa kesana.
Bahrain Village yang memaparkan budaya, makanan, dan hiburan juga menjadi salah satu tarikan di SIC nanti.

Bagi peminat yang bakal pergi, mungkin anda perlu lebih berhati-hati atau melihat harga menu sebelum membeli.
Harga ini berkemungkinan besar peluang bagi Malaysia yang mahu melonjakkan lagi pelancongan dan peluang ekonomi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via