Operasi Mengejut DBKL Di Jalan Alor, 6 Kedai Makan Diarah Tutup Serta-Merta – “Lipas & Tikus Antara Punca”

Menurut DBKL, sebanyak 45 premis makanan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kawasan tumpuan pelancong terkenal di ibu negara, Jalan Alor, digemparkan dengan operasi penguatkuasaan besar-besaran apabila enam premis makanan diarah tutup serta-merta susulan kegagalan mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook, Operasi Gelap Gempur Khas yang dijalankan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 25 Jun itu menyasarkan premis makanan di sekitar Bukit Bintang bagi memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan, kebersihan serta keselamatan makanan.

Menurut DBKL, sebanyak 45 premis makanan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai pelanggaran serius dilakukan oleh pengusaha, menyebabkan sebanyak 74 notis dan kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah beberapa peruntukan undang-undang berkaitan.

Antara kesalahan yang paling membimbangkan ialah keadaan premis yang kotor dengan kehadiran lipas dan tikus di kawasan dapur, sekali gus menimbulkan risiko kepada keselamatan makanan

Selain itu, terdapat premis yang gagal memasang atau menyelenggara perangkap minyak dengan baik, menyimpan bahan mentah secara tidak mengikut spesifikasi, serta menggaji pekerja yang belum menerima suntikan tifoid dan tidak menghadiri kursus pengendalian makanan seperti diwajibkan.

Operasi itu turut mengesan pelbagai kesalahan lain termasuk pelanggaran syarat lesen serta ketidakpatuhan terhadap larangan merokok di premis.

Susulan tahap kebersihan yang dianggap kritikal, enam premis makanan telah diarahkan menghentikan operasi serta-merta di bawah Undang-Undang Kecil 28(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 sehingga tindakan pembetulan dilakukan.

SAYS.com
Image via

DBKL menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pengusaha premis makanan mematuhi undang-undang dan standard kebersihan yang ditetapkan.

Menurut pihak berkuasa, tindakan tegas ini penting bagi menjamin keselamatan makanan, melindungi kesihatan orang awam serta mengekalkan imej Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan yang bersih, selamat dan berkualiti

Lihat posting di bawah:

https://www.facebook.com/share/p/195uaznSt8

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: