Owner Sanggup Potong Deposit RM250 Gara-Gara Kipas Berhabuk & Belakang Rumah Ada Semak

Nak kena bersih macam mana lagi ya?

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nurulaireen.n / Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang penyewa baru-baru ini berkongsi pengalaman selepas deposit rumah sewanya dipotong hanya kerana tidak membersihkan rumah tersebut dengan sempurna

Dikongsikan di Threads oleh @nurulaireen.n, dia meluahkan rasa tidak puas hati selepas depositnya ditolak kerana tidak membersihkan enam buah kipas angin, sawang serta membiarkan kawasan belakang rumah tidak dibersihkan sebelum rumah itu dikosongkan.

"Keadaan rumah sewa sebelum kitorang pindah. Owner dengan 1001 cara cari alasan sampai celah kipas tinggi tu dia cari kesalahan,

"Untuk pengetahuan, laman belakang memang dari awal pindah dah macam hutan belantara. Nak bersihkan nak upah orang confirm beratus kos kena kluar,"
luah Nurul Aireen di Threads.

Pemilik rumah berkenaan telah memotong RM250 daripada jumlah RM1,500 sebagai kos pembersihan.

"Akak tak dapat pulangkan deposit penuh sebab beberapa perkara yang awak tak selesaikan sebelum keluar rumah," ujar tuan rumah dalam mesej berkenaan.

SAYS.com
Image via @nurulaireen.n / Threads

Ramai netizen berkongsi pengalaman yang sama dari pemilik rumah sewa

Setakat ini, ciapan yang dikongsikan di Threads berkenaan telah mendapat lebih 4.1k Likes dengan lebih 720 komen.

Ramai menceritakan pengalaman sama dengan pemilik rumah sama ada dari segi tidak mahu membayar penuh deposit atau mencari banyak alasan untuk memastikan mereka tidak membayar penuh.

SAYS.com

Keadaan rumah sewa Nurul Aireen pada hari terakhir sebelum keluar.

Image via @nurulaireen.n / Threads

Menurut @abdlljhri di Threads, sesetengah tuan rumah tidak mampu untuk beri semula deposit kepada penyewa, oleh itu mereka mencari banyak alasan.

"Salah tak kalau saya rasa sesetengah owner tak mampu nak bagi balik deposit kepada penyewa sebab tu diaorang akan cari banyak alasan utk burn kan deposit atau bayar separuh je ? Sebab pernah kena juga,"
katanya.

Seorang lagi wanita berkongsi perkara yang hampir sama tetapi kali ini pemilik tidak mahu memulangkan deposit atas kesalahan penyewa sebelum ini.

"Saya pernah jadi macam ni. Owner ta nak pulangkan deposit atas kesalahan penyewa sebelum saya. On the phone, saya tak cakap banyak. Saya cakap "akpelah cik ros, kalau nak tolak deposit saya. Tolak lah. Cuma cik ros ingatlah, kalau memang ada hak saya sesen pun yang patut jadi hak saya. Saya tak halalkan tau." Owner diam. Then beberapa hari selepas itu. Dapatlah deposit saya balik. Kira owner masih takut halal haram lagi lah tu."

Ada juga yang berpesan supaya lebih berhati-hati dalam menyewa rumah sama ada rumah sewa baru atau mahu keluar dari rumah sewa.

"Korang ambil iktibar daripada saya. Pastikan sebelum keluar dari rumah sewa, buatlah 'deep cleaning'. Jangan biar ada sedikit pun habuk kalau tidak mahu duit deposit dipotong."

Tetapi tidak semua menerima pengalaman buruk dari pemilik rumah sewa. Ada juga pemilik rumah yang sangat baik dan tidak terlalu cerewet.

"Tuan rumah saya pula tak ambik deposit , saya bayar 600 je nak masuk rumah , saya tanya kenapa tak ambik deposit , dia cakap leceh taknak pikir kemudian hari , alhamdullilah,"

"Saya pernah menyewa dengan *******. Nak keluar rumah sewa tapi tak habis kontrak lagi masih bagi balik deposit. Masa ramadan owner siap bagi hamper ramadan. Waktu bersalin pon siap bagi baju baby. Syukur sangat dapat owner yang baik."


Apa-apa pun ramai berharap untuk mendapat pemilik rumah yang baik tetapi pemilik rumah juga mahukan penyewa yang lebih bertanggungjawab. Bertolak ansur membuatkan semua pihak lebih senang untuk berurusan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: