Pakar Klimatologi Dedah Fenomena El Nino Dijangka Lebih Buruk Mulai November Ini

Difahamkan, El Nino kali ini akan menjadi lebih teruk daripada tahun 1997/1998 dan 2015/2016.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fenomena El Nino pada tahun ini dijangka akan menjadi lebih teruk mulai November ini

Perkara ini akan menjadi lebih teruk daripada tahun 1997/1998 dan 2015/2016.

Menurut laporan dari Berita Harian, suhu pula dijangka akan mencecah 40 darjah Celsius pada Mac hingga April tahun hadapan.

Perkara ini sekali gus akan mengundang banyak risiko seperti kemarau, kebakaran hutan dan jerebu di Malaysia terutamanya di Sabah dan utara Sarawak awal tahun hadapan.

Pusat Ramalan Iklim Amerika Syarikat (CPC) pula menganggarkan lebih 90% El Nino 2026/27 akan berkembang ke kategori sangat kuat.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Pakar mengatakan El Nino kali ini berpotensi menjadi antara paling kuat pernah direkodkan

Pakar Klimatologi, Prof Emeritus Dr Fredolin Tangang, mengatakan El Nino kali ini boleh menjadi antara paling kuat pernah direkodkan.

"Perkembangan ini perlu diberi perhatian serius kerana El Nino dijangka terus menguat dalam tempoh beberapa bulan akan datang sebelum mencapai kemuncaknya sekitar penghujung tahun ini hingga awal 2027," katanya.

Keadaan pula akan menjadi lebih membimbangkan jika El Nino berlaku serentak dengan fenomena Indian Ocean Dipole (IOD) positif.

Gabungan kedua-dua fenomena ini akan menyebabkan keadaan lebih kering di Asia Tenggara dan berisiko menyebabkan kebakaran hutan berlaku terutamanya di Sumatera dan Kalimantan.

SAYS.com
Image via BERNAMA

"Walaupun El Nino biasa dikaitkan dengan keadaan kering, kemarau dan panas, ia boleh menyebabkan peningkatan curahan hujan di kawasan dan bulan tertentu.

"Di kawasan Lembah Klang, peningkatan curahan hujan dan kejadian ribut petir dan banjir kilat semasa adalah disebabkan pengaruh El Nino yang ketika ini menguat.

"Kesan yang sama juga berlaku di bahagian tengah Sumatera, dan keadaan ini jauh lebih lembab berbanding musim Monsun Barat Daya (MBD) biasa tanpa fenomena El Nino,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Ribut ini berlaku akibat penukaran suhu di permukaan laut disebabkan El Nino dan kelembapan yang meningkat di sekitar Khatulistiwa di bahagian Sumatera dan bahagian barat Semenanjung akan mendapat kitaran harian dan penjanaan ribut petir serta curahan hujan yang tinggi.

Kebakaran yang berpotensi berlaku di Sumatera dan Kalimantan juga akan menyebabkan asap dibawa angin ke Semenanjung, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: