Pasport Malaysia Kini Berwajah Baharu, Motif Rama-Rama Jadi Identiti
Difahamkan, pasport terbaru ini akan dilancarkan mulai esok, 1 Julai 2026.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Imigresen akan mengeluarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu bermula esok
Pasport terbaru ini akan menampilkan 94 ciri-ciri keselamatan berbanding 49 sahaja buat pasport sebelum ini.
Antara teknologi yang digunakan adalah 'guilloche', 'latent image', 'rainbow printing', 'line width modulation', hologram beserta cetakan ultraviolet (UV) yang direka bentuk untuk meningkatkan lagi perlindungan terhadap pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara ini.
Dilaporkan oleh Berita Harian, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, mengatakan ciri keselamatan terbaru ini membabitkan elemen visual, tersembunyi dan forensik. Seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan keselamatan global yang semakin lama semakin kompleks.
PMA baharu ini akan melibatkan tempoh sah laku 10 tahun dengan kadar bayaran RM350, manakala PMA sah laku lima tahun kekal dengan kadar bayaran RM200.
"Buat permulaan, pasport akan dikeluarkan di 14 pejabat negeri terlebih dahulu termasuk di ibu pejabat bagi fasa pertama dan dijangka selesai hingga fasa ketujuh.
"Melalui peningkatan ciri keselamatan ini, ia lebih selamat dan sukar dipalsukan," katanya.

Pasport Malaysia kekal antara paling berkuasa kali ini dengan motif rama-rama Rajah Brooke's Birdwing
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), Malaysia adalah antara negara yang terawal di dunia yang memperkenalkan e-Pasport sejak 1998.
Dari segi keselamatan, PMA mempunyai struktur baharu meneruskan tradisi itu dengan mengintegrasikan teknologi keselamatan terkini yang mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO).

PMA terbaru ini juga turut mengetengahkan identiti nasional menerusi elemen sejarah, warisan budaya dan simbolik sistem Raja Berperlembagaan.
Motif rama-rama Rajah Brooke's Birdwing juga diperkenalkan sebagai identiti pasport Malaysia menggantikan Bunga Raya sebagai ikon utama untuk PMA sedia ada.

Rajah Brooke's Birdwing
Image via Ayuwat Nature Photography / Facebook"Pasport Malaysia kini terus berdiri sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia. Pengenalan PMA struktur baharu ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan dokumen perjalanan negara kekal selamat, moden, dipercayai dan setanding dengan amalan terbaik antarabangsa," katanya lagi.
PMA baharu ini akan dilancarkan di 14 pejabat negeri terlebih dahulu bagi fasa pertama sehingga fasa ketujuh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via