Pelajar MRSM Pasir Salak Guna Tulang Ikan Bandar Raya Hasilkan Suplemen Kalsium – “Hebat!”

Dari tulang ayam ke tulang ikan bandar raya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hanya berbekalkan peralatan makmal sekolah, enam pelajar bersama bimbingan guru biologi mereka telah berjaya membuat satu inovasi baharu

Mereka telah berjaya menghasilkan kapsul suplemen kalsium yang diperbuat daripada tulang ikan bandar raya sebagai makanan tambahan atau suplemen.

Kejayaan ini termaktub di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak yang berjaya menunjukkan bakat-bakat cemerlang memupuk inovasi dalam bidang sains menerusi didikan yang betul.

Menurut laporan daripada Berita Harian, kejayaan ini juga menjawab salah satu usaha untuk menangani masalah ikan bandar raya atau Hypostomus plecotomus, satu spesis ikan invasif yang telah mengancam ekosistem sungai negara.

Ikan ini telah banyak membiak di dalam sungai-sungai negara akibat dari pelepasan oleh orang tidak bertanggungjawab di mana pada asalnya ikan ini diletakkan di dalam akuarium sebagai ikan perhiasan yang membantu dalam mencuci dan memakan lumut kotor.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Sebelum ini eksperimen menggunakan tulang ayam tetapi ditukarkan kepada tulang ikan bandar raya

Dikongsikan di Bernama, guru Mahfuza Mansor mengatakan idea menghasilkan suplemen tulang ikan bandar raya tercetus daripada penyelidikan yang pernah dijalankannya bersama-sama pelajar di MRSM menggunakan tulang ayam dua tahun lalu.

"Ketika itu kami dapatkan tulang ayam tersebut dari dewan makan asrama sekolah apabila melihat sebahagian besar sisa makanan tersebut hanya dibuang begitu sahaja, sedangkan tulang-tulang berkenaant ada potensi untuk dimanfaatkan.

"Melalui penyelidikan selama lima bulan itu, tulang ayam yang lazimnya berakhir sebagai sisa makanan, diproses menjadi serbuk suplemen kalsium, dan hasil inovasi tersebut turut melayakkan kami meraih pingat emas dalam Pertandingan IDEA'24 Innovation Development Through Educational Activities pada September 2024,"
katanya.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Idea tercetus apabila isu ikan bandar raya mula muncul di media sosial dan guru tersebut melihat perkara ini ada potensi untuk diteroka sama seperti tulang ayam sebelum ini.

"Saya terfikir, jika tulang ayam yang dianggap sisa makanan boleh dijadikan sumber kalsium, mengapa tidak gunakan pendekatan sama terhadap tulang ikan bandar raya yang banyak dibuang selepas ditangkap," katanya lagi.

Idea ini dijalankan secara lebih formal melalui projek Schoolwide Enrichment Model (SEM)

Kesemua pelajar perlu meniliti pelbagai hasil jurnal, artikel akademik dan serta kertas penyelidikan untuk memahami kandungan dan potensi ikan invasif berkenaan.

Tiga bulan masa diambil hanya untuk meneliti kajian terlebih dahulu dimana pelajar perlu memahami dan membentangkan semula dapatan kajian tersebut kepada guru mereka.

"Daripada pembacaan itu, kami mendapati tulang ikan bandar raya mengandungi beberapa komponen penting seperti kalsium, kolagen dan gelatin yang berpotensi dimanfaatkan sebagai sumber suplemen alternatif untuk kesihatan," katanya.

SAYS.com
Image via eCentral

Eksperimen telah dimulakan dengan Mahfuza mendapatkan sampel ikan badar raya bagi eksperimen di makmal sekolah. Sampel tersebut didapati daripada seorang pencipta kandungan media sosial yang selalu menangkap ikan bandar raya iaitu Dunia Badol dari Facebook.

Hasil ujian mendapati kandungan kalsium dalam sampel adalah tinggi dan kandungan logam dan arsenik sangat rendah menjadikan ikan bandar raya sebagai sumber alternatif yang selamat untuk dibangunkan sebagai produk suplemen dalam bidang makanan kesihatan.

Pelajar kongsi pengalaman berharga dari projek ini

Ketua kumpulan, Muhammad Danish Iman Bin Ahmad Daud, 16, mengatakan penglibatannya dalam projek ini merupakan pengalaman berharga dalam bidang penyelidikan saitifik tetapi memerlukan kimitmen tinggi terutamanya mengimbangi tugasan projek dan tanggungjawab akademik.

"Antara cabaran utama yang dihadapi ialah kekangan masa, selain memastikan setiap ahli kumpulan sentiasa komited menghadiri perjumpaan, melaksanakan tugasan dan menyiapkan kerja mengikut perancangan yang ditetapkan," katanya.

"Kami perlu benar-benar mengurus masa dengan baik kerana jadual pembelajaran yang padat,"
tambahnya.

Wujudnya program sebegini menjadikan budaya pelajar untuk terdedah kepada penyelidikan secara sistematik dari mula sehingga pelaksanaan wajar dipuji.

SAYS.com
Image via BERNAMA

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: