Pelajar Yang Terpaksa ‘Ikat Perut’ Wajib Lapor Kepada Pengarah – Dr Asyraf Wajdi

Difahamkan, mana-mana pelajar yang kesusahan wajib lapor terus kepada pengarah IPMA untuk dibantu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malay Mail & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes yang melibatkan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang berdepan kesempitan hidup wajib melaporkan segera

Ini adalah untuk pelajar yang terpaksa mengikat perut akibat masalah kewangan yang perlu melaporkan perkara ini kepada Pengarah IPMA.

Perkara ini diketengahkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook berikutan isu menerima mesej dari seorang pelajar memberitahu rakannya terpaksa mengikat perut kerana kekangan kewangan.

SAYS.com
Image via Dr Asyraf Wajdi Dusuki / Facebook

Wajib lapor terus kepada pengarah IPMA untuk dibantu

Dr Asyraf Wajdi telah menerima mesej ini dan telah mengarahkan Pengarah-Pengarah Pusat untuk membantu kes-kes pelajar miskin dan hadapi masalah kewangan. Semua 345 Institusi Pendidikan MARA akan mula memantau kes-kes seperti ini.

SAYS.com

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Image via Kosmo!

"Saya telah minta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan untuk segera pantau kes-kes seperti ini di semua 345 Institusi Pendidikan MARA. Pengarahan awal telah diberikan kepada semua Pengarah-Pengarah Pusat untuk segera bantu kes-kes pelajar miskin dan hadapi masalah kewangan hingga menjejaskan proses pembelajaran mereka. InsyaAllah, Yayasan Pelajaran MARA juga diminta untuk bantu,

"Insya-Allah, Yayasan Pelajaran MARA juga diminta untuk bantu," kata beliau.

Tambahan lagi, ini adalah inisiatif untuk menyediakan gerobok makanan untuk pelajar yang menghadapi masalah. Perbincangan juga sudah dilakukan dengan pengusaha makanan di semua kafeteria agar menyediakan juga pilihan makanan dengan harga rahmah.

Isu pelajar pengajian tinggi berlapar atau mengikat perut akibat kekangan kewangan adalah satu kebimbangan serius yang boleh menjejaskan kebajikan dan fokus akademik siswa.

SAYS.com

Foodbank dari IIUM

Image via International Islamic University Malaysia

Selain itu, terdapat juga beberapa inisiatif di mana institusi itu sendiri telah menyediakan bantuan makanan percuma, kupon makanan, tabung kebajikan pelajar dan ihsan pengurusan kafe atau persatuan mahasiswa kampus.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: