Pelepasan & Pendaratan Di KLIA Dihentikan Sementara Waktu Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Mohon semua yang terlibat menyemak semula status jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua proses pendaratan dan pelepasan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dihentikan sementara
Tarikh perhentian sementara ini akan bermula pada 26 hingga 29 Ogos dan pada 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Menurut laporan dari Kosmo, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengatakan penutupan sementara ruang udara ini dijadualkan bermula pada pukul 8.45 pagi hingga 9.45 pagi pada 29 dan 31 Ogos untuk aktiviti raptai penuh dan sambutan kemerdekaan.
Ruang udara juga akan ditutup pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari pada 26 hingga 28 Ogos untuk raptai.
"Sepanjang tempoh penutupan itu, aktiviti berlepas dan mendarat pesawat berjadual di KLIA akan dihentikan sementara bagi memastikan latihan dan lintasan udara berkenaan berlangsung dengan selamat dan teratur.
"Orang ramai juga mungkin menyedari peningkatan aktiviti pesawat berkaitan dengan acara berkenaan," katanya.

Ditutup hanya pada waktu pagi hingga hari sambutan kemerdekaan
Penutupan sementara ini hanya akan berlaku dalam masa 1 jam sahaja untuk digunakan sebagai aktiviti raptai dan acara kemuncak hari sambutan nanti.
Penumpang yang menggunakan KLIA dalam tempoh berkenaan dinasihatkan untuk menyemak semula status jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.
Terdapat beberapa penerbangan yang akan dijadualkan semula atau terjejas akibat penggantungan sementara pergerakan pesawat.

"CAAM turut mengingatkan orang ramai bahawa semua operasi dron atau Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) adalah dilarang sama sekali di kawasan yang terjejas sepanjang tempoh latihan dan lintasan udara Hari Kebangsaan.
"Operasi dron tanpa kebenaran boleh menimbulkan risiko serius terhadap keselamatan, khususnya kepada pesawat yang beroperasi pada altitud rendah dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016," kata CAAM.
Dron juga tidak dibenarkan ketika raptai dan berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan.
Menurut CAAM, langkah sementara ini adalah untuk memastikan lintasan udara Hari Kebangsaan berlangsung dengan selamat dan teratur di samping memastikan keselamatan, sekuriti dan kecekapan ruang udara.
Baca maklumat lanjut mengenai perkara ini di laman rasmi CAAM.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via