Pemain Argentina Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin Tunjuk Sepanduk Kontroversi
Difahamkan, FIFA masih menyiasat dan tiada lagi tindakan disiplin telah diambil.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Skuad Argentina bakal dikenakan tindakan disiplin oleh FIFA selepas pemain mereka menyambut kemenangan ke atas England dengan menunjukkan sepanduk berkaitan Falkland Islands
Setelah wisel penamat beberapa pemain Argentina menyambut sambil memegang sepanduk bertulis "Las Malvinas son Argentinas" yang diterjemah kepada "Kepulauan Malvinas adalah milik Argentina".
Tindakan ini telah mencetuskan kemarahan United Kingdom (UK) dan telah mendapat perhatian Perdana Menteri Britain, Keir Starmer yang menyokong gesaan Setiausaha Perniagaan, Peter Kyle supaya FIFA menjalankan siasatan rasmi.
Antara pemain yang memegang sepanduk tersebut adalah pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez dan bintang Totenham Hotspur, Cristian Romero.
Falkland Islands atau Kepulauan Falkland yang terletak di Barat Daya dan sentiasa menjadi pertikaian perdaulatan diantara UK dan Argentina.
Argentina ketika itu, dikuasai oleh askar junta yang dipimpin oleh General Leopoldo Galtieri telah menceroboh kepulauan tersebut yang terletak lebih kurang 480 km dari Pantai Timur Argentina pada tahun 1982.
Konflik tersebut telah berlangsung sehingga 74 hari diantara April hingga June 1982. Perkara ini menyebabkan kematian 655 askar Argentina dan 255 askar British. Tiga orang yang tinggal di pulau tersebut juga telah meninggal.

Mesej berunsur politik atau slogan provokasi adalah dilarang sama sekali
Menurut Peraturan Disiplin FIFA, menunjukkan sebarang mesej berunsur politik atau slogan provokasi adalah dilarang sama sekali dalam mana-mana perlawanan rasmi.
Menurut laporan dari BBC, pada tahun 2014, FIFA pernah mendenda Argentine Footbball Association sebanyak 20,000 Pound (RM110,000) kerana menunjukkan sepanduk yang sama ketika perlawanan persahabatan dengan Slovenia.
FIFA mengatakan perkara ini telah melanggar peraturan berkaitan aksi politik dan merupakan kesalahan pasukan.
Kejadian kali ini mungkin akan menjadi lebih serius kerana ia berlaku ketika Piala Dunia.

"Mengikut prosedur standard, Jawatankuasa Disiplin Bebas FIFA sedang menilai laporan perlawanan dan mempertimbangkan keadaan berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Kod Disiplin FIFA," kata jurucakap FIFA.
Isu ini juga menimbulkan beberapa persoalan mengenai tindakan atau hukuman gantung akan dijatuhkan sebelum perlawanan akhir menentang Sepanyol.
Jurucakap Perdana Menteri Britain juga menegaskan pendirian UK terhadap Kepulauan Falklands adalah sama.
"Piala Dunia mungkin bukan milik kita, tetapi Kepulauan Falkland sememangnya milik kita. Pendirian kami tidak berubah. Sebarang tindakan lanjut adalah hak FIFA, namun kami sentiasa menegaskan bahawa politik sepatutnya diasingkan daripada bola sepak," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via