Penduduk Taman Sri Muda Menang Saman Kerugian Banjir Hampir RM4 Juta

Difahamkan, pihak berkuasa awam boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan operasi masing-masing.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Kosmo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 50 penduduk Taman Sri Muda telah menanggung kerugian akibat banjir dan telah memenangi saman terhadap Kerajaan Persekutuan

Saman ini telah dilakukan terhadap Kerajaan Persekutuan dan beberapa pihak berkuasa lain mengenai bencana banjir yang telah melanda kawasan terbabit pada Disember 2021.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Shoba Rajah Dorai Rajah, mendapati semua defendan bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian dan kegagalan yang menyumbang kepada kerugian yang telah dialami oleh penduduk.

Penduduk yang terlibat telah menyaman kerajaan dan tujuh pihak lain atas kegagalan dalam pengurusan banjjir, sistem perparitan, amaran cuaca serta tindak balas bencana yang menyumbang kepada kerugian

Sebanyak RM3,767,148.51 ganti rugi khas selain ganti rugi am dan ganti rugi teruk telah dituntut.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Pihak berkuasa awam boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan

Shoba memutuskan pihak berkuasa boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan melaksanakan operasi masing-masing.

Defendan lain dalam saman itu ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta kerajaan negeri.

Beliau mengatakan apabila sesebuah pihak berkuasa mengambil tanggungjawab terhadap pengurusan bencana, pemantauan cuaca, infrastuktur saliran atau operasi kawalan banjir, tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dengan tahap keprihatinan dan kecekapan yang munasabah.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Mahkamah telah mendapati NADMA dan METMalaysia melanggar tanggungjawab operasi masing-masing.

Kerajaan Persekutuan juga bertanggungjawab terhadap kegagalan operasi kedua-dua operasi agensi berkenaan.

SAYS.com
Image via Free Malaysia Today

Mahkamah mendapati terdapat kelemahan dalam penyediaan pam sokongan selepas bekalan elektrik terputus ketika banjir.

"MBSA turut didapati bertanggungjawab atas kecuaian, mahkamah menolak hujah majlis itu bahawa aset utama kawalan banjir termasuk kolam takungan dan kemudahan pam, adalah di bawah JPS.

"Perkara itu tidak menghapuskan tanggungjawab MBSA untuk menyelenggara longkang dan infrastruktur berkaitan dalam bidang kuasanya,"
katanya.

Hujah hujan luar biasa lebat tidak mencukupi

JPS Selangor menolak hujah dan jabatan itu tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan akibat jumlah hujan yang melebihi kapasiti reka bentuk asal infrastruktur.

Walaubagaimanapun, JPS mempunyai tanggungjawab berterusan untuk mengurus dan menyelenggara dan mengendalikanb infrastruktur berkenaan.

Hujan luar biasa lebat semata-mata tidak mencukupi untuk melepaskan pihak berkuasa daripada tanggungjawab kerana defendan perlu membuktikan kejadian itu begitu luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penduduk tidak perlu membuktikan kegagalan operasi kerana hujan lebat tidak boleh dijadikan pembelaan sepenuhnya dan membuktikan kegagalan oleh mana-mana defendan yang menjadi punca kesemuanya rosak.

Mahkamah telah menetapkan 6 Oktober ini untuk pengurusan kes menentukan tarikh penilaian jumlah ganti rugi.

SAYS.com
Image via TikTok

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: