Penumpang Pitam Terjatuh Atas Landasan Di Stesen LRT Wangsa Maju
Hati-hati kalau tidak sihat di kawasan platform LRT atau MRT.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penumpang dilaporkan telah pitam dan terjatuh ke atas landasan LRT di Stesen Wangsa Maju pagi tadi
Menurut kenyataan Rapid KL di Facebook, kejadian ini melibatkan seorang penumpang yang pitam dan terjatuh ke atas landasan pada pukul 6:52 pagi tadi.
Sejurus selepas itu, sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) telah diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan telah diputuskan sementara sebagai langkah keselamatan.
Perkara ini telah menyebabkan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya akan sedikit kelewatan.

Penumpang yang terlibat berjaya dibawa keluar untuk rawatan
Penumpang itu telah berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari kawasan landasan oleh petugas stesen dan telah dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal.
Rapid KL juga menasihati orang ramai supaya meminta bantuan jika berasa tidak sihat di kawasan stesen atau platform.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KLIA"Penumpang yang berasa kurang sihat atau memerlukan pertolongan di stesen atau platform disarankan untuk mendapatkan bantuan dari Polis Bantuan atau petugas stesen," katanya.
Penumpang juga diingatkan untuk berada di belakang garisan kuning ketika berada di platform sebagai langkah keselamatan semasa menunggu tren.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via