PERHILITAN Dedah 1,524 Serangan Hidupan Liar Rekodkan 54 Kematian Sejak Tahun 2020
Difahamkan, hidupan liar terutamanya primat merupakan spesies yang mudah beradaptasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah merekodkan 1,524 kes serangan hidupan liar terhadap manusia sejak tahun 2020 hingga Julai lepas
Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim mengatakan pihaknya telah merekodkan 1,524 kes serangan hidupan liar terhadap manusia dan 1,470 kes telah membabitkan kecederaan dan 54 kes kematian.
Tambahan beliau, konflik hidupan liar ini berpunca daripada beberapa faktor iaitu pengecilan kawasan habitat, pembukaan tanah dan pembangunan di kawasan berdekatan habitat hidupan liar.
Perkara ini telah menyebabkan pemisahan dan kehilangan habitat semula jadi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian Metro"Keadaan ini menyebabkan hidupan liar menjadikan kawasan berhampiran hutan, kawasan kebun dan kampung berdekatan sebagai kawasan rayau baharu.
"Selain itu, tindakan segelintir masyarakat dan penduduk yang memberi makanan kepada hidupan liar khususnya primat juga menggalakkan berlakunya konflik antara manusia dan kera.
"Pengurusan sisa sampah domestik yang kurang sistematik turut menyumbang kepada peningkatan kehadiran dan aduan konflik di penempatan penduduk," katanya.
Pembiakan hidupan liar seperti spesies primat juga semakin tinggi dan bertambah
Antara haiwan liar yang paling banyak menjadi masalah kepada penduduk tempatan. Terdapat banyak video-video yang viral akibat diserang atau monyet-monyet merosakkan harta benda milik orang awam.
Datuk Abdul Kadir turut mengatakan hidupan liar khususnya primat merupakan spesies yang mudah beradaptasi dengan persekitaran dan mempunyai kemandirian serta kelangsungan hidup (survivality) yang tinggi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via UtusanOrang awam kini mempunyai kesedaran lebih tinggi dengan tersedianya platform aduan oleh PERHILITAN untuk menerima maklumat bagi mengurus konflik manusia dan hidupan liar tanpa bergantung kepada kaedah tangkap-pindah.
Teknologi digunakan untuk mengurus konflik manusia dan hidupan liar
Proses tangkap dan pindah haiwan biasanya memerlukan kos yang tinggi termasuk perancangan saitifik yang rumit.
"Bagi menggantikan proses translokasi (tangkap dan pindah) yang memerlukan kos tinggi serta perancangan saintifik yang rumit, Perhilitan telah mengintegrasikan langkah mitigasi moden Kolar Satelit GPS," ujar beliau.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malaysian Palm Oil Green Conservation FoundationKolar ini dipasang pada ketua kawanan gajar liar untuk memantau pergerakan mereka secara masa nyata (real-time).
Sistem amaran akan dicetuskan sekiranya kawanan tersebut menghampiri sempadan kebun atau penempatan penduduk.
Dron Termal juga digunakan oleh unit rondaan untuk mengesan keberadaan hidupan liar seperti gajah atau harimau di dalam semak tebal secara selamat bagi memastikan mereka tidak mencerobohi kawasan kampung berdekatan.

Gajah yang sedang dipindahkan ke tempat lain.
Image via The Malaysia PressKamera Sensor Pintar (Camera Traps) juga digunakan untuk mengawasi laluan panas pencerobohan bagi memastikan tindakan awal dapat dilakukan.
Kerjasama pelbagai pihak dan lapisan masyarakat amat diperlukan untuk memastikan usaha konservasi hidupan liar negara terjaga untuk masa hadapan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar HarianOrang ramai juga dinasihatkan untuk melaporkan segera sebarang gangguan atau konflik yang melibatkan hidupan liar. Aduan boleh dibuat melalui talian 1-800-88-5151 atau portal e-Aduan Jabatan Perhilitan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via