Polis Beri Amaran Kes Scam QR Kian Berleluasa, Rugi RM30 Juta Melibatkan Lebih 5,000 Kes
Semua kes ini hanya dalam bulan Januari hingga Jun 2026 sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 5,000 kes penipuan kod QR telah direkodkan bermula Januari sehingga Jun tahun ini
Perkara ini telah menyebabkan hampir RM30 juta kerugian akibat penipuan kod QR.
Digelar sebagai "quishing", taktik penipuan ini telah meningkat sejak tahun 2023 lagi.
Dilaporkan oleh The Star, perkara ini diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa.
"Terdapat peningkatan mendadak di mana pengunaan kod QR telah dieksploitasikan oleh sindiket sebagai medium untuk menutup pautan berbahaya, mengalihkan pembayaran dan menipu mangsa untuk memberi maklumat perbankan atau mengesahkan transaksi tanpa sedar tujuan sebenar.
"Quishing adalah salah satu bentuk phishing yang menggunakan kod QR dimana mangsa akan masuk ke laman palsu, gerbang pembayaran palsu atau aplikasi.
"Trend ini menunjukkan kod QR tidak lagi digunakan hanya untuk pembayaran mudah, tetapi dieksplotasikan sebagai cara penipuan atas talian," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa
Image via The StarPeningkatan scam kod QR kian meningkat bermula tahun 2023
Menurut beliau, 223 penipuan kod QR pada tahun 2023 yang melibatkan kerugian RM4.59 juta. Pada tahun 2024 pula kes meningkat ke 655 dan melibatkan kerugian RM6.76 juta.
"Tetapi, peningkatan mendadak bermula tahun lepas, apabila kes melonjak lapan kali ganda ke 5,907 dan merekodkan kerugian enam kali ganda iaitu RM40.85 juta," kata beliau.

Tahun ini bermula Januari sehingga Jun, 5,134 kes telah direkodkan dengan kerugian RM28.67 juta.
Menurut Rusdi, penipuan kod QR ini bukan lagi kes penipuan yang jarang berlaku. Sindiket menggunakan teknologi untuk menyebarkan pelbagai jenis penipuan atas talian.
Selangor merekodkan kes paling tinggi diikuti Johor dan Kuala Lumpur.
"Secara keseluruhannya, 11,191 penipuan kod QR telah berlaku dan melibatkan kerugian RM80.86 juta yang telah direkodkan dari Januari 2023 sehingga Jun 2026," katanya lagi.
Selain itu, setiap kes yang dilaporkan akan disiasat mengikut keadaan dan kes mengikut undang-undang berkaitan.
Penyiasatan tidak akan hanya memberi fokus kepada individu yang mencipta atau menyebarkan kod QR, tetapi merangkumi semua rangkaian jenayah, termasuk mengesan pergerakan wang, akaun penerima dan siasatan akaun keldai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via