Pos ArRahnu Gold-i Tawar Simpanan Emas Digital Serendah RM10 – “Patuh Syariah”
Labur emas patuh Syariah dengan Pos Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pos Malaysia telah melancarkan Pos ArRahnu Gold-i, satu perkhidmatan simpanan emas digital patuh Syariah
Rakyat Malaysia kini boleh memulakan simpanan dan pelaburan emas bermula dengan modal serendah RM10 sahaja.
Perkhidmatan ini telah dibangunkan dengan kerjasama Go Capital Growth Sdn. Bhd. yang menawarkan platform digital yang mudah dan selamat. Perkara ini sekali gus memperluaskan lagi akses kepada simpanan emas terutamanya bagi penyimpan kali pertama, keluarga beserta kumpulan B40 dan M40.

Menurut Ketua Pos ArRahnu, Muhammad Zubair Peerpulavar pelanggan boleh membeli emas secara digital dengan nilai serendah RM10 dan boleh meningkatkan pegangan emas secara berperingkat.
Pelabur boleh tukar kepada emas fizikal apabila cukup gram
Simpanan emas ini juga boleh ditukarkan kepada emas fizikal apabila pegangan minimum mencapai 0.5 gram.
"Produk kita boleh dimulakan dengan serendah RM10. Jadi, golongan yang kurang berkemampuan juga boleh mula menyimpan atau melabur dalam Gold-i. Apabila simpanan mencapai minimum 0.5 gram, pelanggan boleh menukarkannya kepada emas fizikal yang akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan melalui aplikasi," katanya.

Pos ArRahnu Gold-i menyasarkan golongan B40 dan M40 dengan cara simpanan dan pelaburan emas yang lebih mudah, selain memberikan kepercayaan masyarakat kepada jenama Pos Malaysia.
Buat masa ini, harga emas semasa juga lebih rendah berbanding awal tahun dan ini adalah masa terbaik untuk orang ramai membeli dan mengumpul emas.

Pembelian ini boleh dibuat menerusi laman web Pos ArRahnu Gold-i manakala emas fizikal pula ditawarkan di 65 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via