PTPTN Bakal Perkenal Hibah SSPN – ‘Wang Simpanan Dipindah Terus Ke Penerima’

Difahamkan, dana pendidikan ini boleh terus dialihkan tanpa melalui proses pembahagian faraid atau pengagihan harta pusaka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MMU & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berada di peringkat akhir memperkenalkan konsep hibah

Hibah ini diwujudkan untuk kedua-dua produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengumumkan konsep hibah ini akan dilaksanakan setelah cadangan diperkenan, mendapat pandangan beserta kelulusan.

"Buat masa ini, PTPTN sedang di peringkat akhir ke arah memperkenalkan konsep hibah bagi kedua-dua produk Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN PLUS," kata beliau.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Bagaimanakah konsep ini akan dilaksanakan?

Selepas diluluskan wang simpanan SSPN ini boleh dipindahkan terus kepada anak selaku penerima hibah jika pendeposit meninggal dunia.

Selain itu, dana pendidikan ini boleh terus dialihkan tanpa melalui proses pembahagian faraid atau pengagihan harta pusaka yang mengambil masa yang lebih lama. Pemberian terus ini menjadikan dana pendidikan anak-anak dapat dipenuhi tanpa sebarang kelewatan.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Kelulusan konsep ini masih belum mendapat kelulusan daripada perundangan dan syariah.

"Pelaksanaan konsep hibah bagi produk Simpan SSPN akan dilaksanakan sebaik cadangan konsep mendapat pandangan serta kelulusan sewajarnya daripada sudut perundangan dan syariah," katanya lagi.

Penelitian kelulusan ini adalah penting untuk menjamin hak penerima sekaligus dilindungi perundangan yang sah buat pendeposit dan penerima manfaat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: