Pusat Racun Negara USM Dedah Evolusi Vape Yang Terlalu Pantas Kini Sangat Membimbangkan

Difahamkan, vape terlalu pantas berevolusi sehingga terlalu sukar untuk dipantau.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Code Blue & Focus Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) memandang serius penggunaan vape terutamanya evolusi produk tersebut yang kini terlalu pantas bertukar

Produk yang terlalu pantas evolusinya ini semakin sukar untuk dipantau, dikawal dan dirawat apabila terjadinya kes keracunan dan penyalahgunaan.

Menurut laporan dari Harian Metro, Pengarah PRN USM, Dr Nur Azzalia Kamaruzaman mengatakan Malaysia mengambil masa sedekah untuk mewartakan undang-undang khas buat vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok 2024 sejak produk ini memasuki pasaran komersial tempatan.

Dalam tempoh itu, produk vape telah berkembang dengan sangat pantas dan jauh mendahului apa-apa kawalan yang dibangunkan.

SAYS.com

Sekadar gambar hiasan

Image via Intechnic

"Pada peringkat awal, vape diperkenal menerusi sistem terbuka yang memerlukan pengguna menambah cecair isian semula sendiri sebelum ia berevolusi kepada sistem tertutup atau pra-isian lebih mudah diguna.

"Seterusnya muncul vape pakai buang lebih praktikal, murah atau mudah diakses pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak dan remaja

"Reka bentuknya yang kompak serta moden menarik minat pengguna baharu,mengelirukan dan mudah disorok pelajar sekolah,
" katanya.

Peranti bukan sahaja yang berubah, malah kandungan nikotin juga berubah

Cecair vape pada mulanya hadir dalam betuk 'free-base' dengan rasa lebih perit dan kurang selesa tetapi kini ditukarkan kepada garam nikotin (nicotine salt) yang lebih selesa dan mudah diterima walaupun pengguna kali pertama.

"Lebih membimbangkan, kemunculan nikotin sintetik menjadikan pengesanan serta jangkaan kesan toksiknya semakin rumit dan pada masa sama, vape kini tidak lagi sekadar digunakan bagi nikotin," tambah Dr Nur Azzalia.

SAYS.com

Dr Nur Azzalia Kamaruzaman, Pengarah Pusat Racun Negara

Image via Code Blue

Beliau juga menyatakan kebimbangan peranti yang disalah guna dimana peranti tersebut dijadikan medium pengambilan dadah dan bahan terlarang.

"Peranti ini semakin jelas disalah guna sebagai medium pengambilan dadah dan bahan terlarang malah pelbagai bahan digunakan secara silih berganti termasuk dadah sintetik seperti kanabis sintetik, fentanyl dan etomidate yang mempunyai kesan sangat kuat serta sering kali sukar dirawat menggunakan pendekatan klinikal biasa," katanya lagi.

Justeru, evolusi vape ini terlalu sukar untuk dipantai dan dikawal kerana bahan yang digunakan sentiasa berubah-ubah. Keupayaan makmal untuk menyaring bahan-bahan ini juga masih lagi terhad dan memerlukan kos yang tinggi.

Bahan-bahan yang berubah itu menjadikan pengesanan bahan terlarang lebih mencabar dan tidak seiring dengan kepantasan perubahan pasaran gelap.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via New Straits Times

"Bukti penyalahgunaan vape kini semakin ketara, ia bukan sahaja membuka ruang kepada ketagihan nikotin malah berpotensi menjadi pintu masuk kepada penggunaan dadah dalam kalangan anak muda.

"Pendedahan awal nikotin kepada kanak-kanak dan remaja pula diketahui boleh memberi kesan terhadap perkembangan otak, daya pemikiran, keupayaan pembelajaran serta pembentukan tingkah laku mereka pada masa hadapan,"
ujar beliau.

Kes yang berkaitan vape yang diterima PRN tidak menggambarkan realiti sebenar kejadian dimana situasi ini diibaratkan seperti 'bom jangka'.

PRN menyokong usahaa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta menggesakan PDRM untuk mempertimbangkan langkah pengharaman vape. Kawalan penjualan vape terhadap kanak-kanak dan remaja juga perlu diberi perhatian khusus.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: