Rakyat Malaysia Kini Boleh Nikmati Kuota BUDI95 300 Liter Kembali Bermula Hari Ini
Pakar mengatakan ia tidak semestinya akan membawa kepada penurunan inflasi secara langsung.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) kini telah kembali kepada 300 liter mulai hari ini
Tambahan ini bakal memberi ruang tambahan buat isi rumah untuk mengurus kos agar menjadi lebih ringan, terutamanya untuk pengangkutan.
Menurut laporan Berita Harian, Pensyarah Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Herniza Roxanne Marcus, mengatakan manfaat ini dijangka akan menjadi lebih ketara kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).
Mereka ini mempunyai keperluan perjalanan lebih tinggi dan perbelanjaan bahan api telah mengambil bahagian yang lebih besar daripada pendapatan.
Pengembalian ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya semalam.
Kerajaan telah bersetuju untuk mengembalikan kelayakan asas BUDI95 kepada 300 liter sebulan sekali gus akan memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BernamaPengguna diesel juga layak menerima BUDI Diesel
Bukan pengguna RON95 sahaja, pengguna diesel yang mempunyai kenderaan jenis pikap dan jip juga layak untuk menerima BUDI Diesel sebanyak 400 liter sebulan yang juga berkuat kuasa hari ini.
Menurut Perdana Menteri, lebih 500 ribu pemilik kenderaan diesel boleh menikmati BUDI Diesel ini.
Menurut Herniza, pengembalian ini tidak bermakna ia akan membawa kepada penurunan kadar inflasi secara langsung.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo"Keputusan ini dilihat sebagai satu bentuk pengimbangan antara kemampuan fiskal kerajaan dengan keperluan melindungi kebajikan dan kuasa beli rakyat, dan bukan semestinya petunjuk bahawa kedudukan fiskal kerajaan kini jauh lebih selesa.
"Pengurangan kelayakan sebelum ini dibuat dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan terhadap pasaran tenaga global. Apabila risiko dan keadaan pasaran berubah, kerajaan mempunyai ruang untuk menilai semula tahap subsidi berdasarkan kos semasa, corak penggunaan sebenar serta kesannya terhadap isi rumah," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via