Ramai Kongsi Terima SMS Tabung Haji, Ada Yang Bakal Ke Tanah Suci 2027 & 2028

Tahniah buat yang dapat panggilan haji, semoga dipermudahkan urusan seterusnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via apakhabartv.com & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perasaan gembira, terharu dan berdebar mula memenuhi ruangan media sosial apabila ramai umat Islam berkongsi menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Lembaga Tabung Haji (TH) yang memaklumkan giliran mereka untuk menunaikan ibadah haji semakin hampir

Menurut laporan Kosmo!, ramai memuat naik tangkap layar SMS diterima di laman Threads sambil meluahkan rasa syukur apabila nama mereka berada dalam giliran haji bagi tahun 1448H/2027M dan 1449H/2028M.

Antara yang mencuri perhatian ialah pengguna Threads yang berkongsi mesej diterimanya berbunyi:

"Tahniah, Anda berada dalam Tahun Giliran Haji 1448H/2027M. Cukupkan RM15,000 simpanan dalam akaun TH untuk layak terima Surat Tawaran Haji".

Walaupun gembira, dia turut diselubungi rasa berdebar apabila memikirkan peluang untuk menjadi tetamu Allah semakin hampir.

SAYS.com
Image via Threads

Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads turut berkongsi khabar gembira selepas menerima notifikasi giliran haji bagi tahun hadapan.

Difahamkan sebelum ini, dia tidak dapat berangkat menunaikan haji kerana tidak melepasi syarat Indeks Jisim Badan (BMI).

"Selepas tak dapat pergi haji tahun ni sebab BMI terlebih, akhirnya dah mula dapat seruan untuk tahun depan. Korang yang dah selamat menunaikan haji, mohon kongsikan tip dan tricks," katanya.

Turut berkongsi kegembiraan ialah pengguna Threads Laylanuraliya yang menerima giliran haji bagi tahun 2028.

"Doakan saya dapat buat haji 2028 nanti. Dapat SMS TH macam ni pun dah rasa happy," tulisnya.

Terdahulu, Tabung Haji memaklumkan pihaknya telah menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah yang berada dalam tahun giliran haji 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan lebih awal

SAYS.com
Image via Kosmo!Image via

Menurut TH, persediaan tersebut merangkumi aspek kesihatan, kewangan, kemas kini maklumat peribadi selain memperkukuhkan ilmu fardu ain serta ibadah haji bagi memastikan bakal jemaah bersedia apabila menerima surat tawaran kelak.

Di ruangan komen pula, ramai netizen turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka yang menerima notifikasi tersebut, selain menitipkan doa agar dipermudahkan urusan menjadi tetamu Allah apabila tiba masanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: