Ramai Netizen Malaysia Lapor Dakwa Kena ‘Banned’ Oleh WhatsApp
Hati-hati dalam mengendalikan akaun WhatsApp anda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak semalam ramai pengguna aplikasi chat WhatsApp telah menyekat akaun mereka secara tiba-tiba
Perkara ini telah menjejaskan banyak urusan harian serta beberapa perniagaan milik pengguna.
Di media sosial Threads, ramai pengguna Malaysia mengatakan mereka telah disekat secara tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah.
Ia berlaku apabila mereka cuba membuka WhatsApp dan semua orang yang disekat akan mendapat notis "This account can't use WhatsApp", "Your account is restricted right now", dan "Account in review".

Terdapat orang yang melaporkan akaunnya disekat selepas menghantar jemputan kahwin dan akaunnya terus disekat walaupun mendapat banyak maklum balas.
Ada yang mengatakan akaun mereka disekat betul-betul selepas log keluar.
Tidak semua pengguna dihad atau disekat selama-lamanya. Ada beberapa pengguna yang berjaya mendapatkan akaun mereka kembali setelah membuat aduan kepada META.
Seorang pengguna lagi berkongsi akaunnya boleh dipulihkan tetapi hanya selepas membuat permohonan semakan ke meta.
Jadi apa punca sebenar akaun WhatsApp disekat?
Terdapat beberapa punca akaun anda dihadkan kerana akaun anda dianggap sebagai akaun yang "mencurigakan".
Seorang pengguna Threads bernama @fahmi_emdee telah berkongsi ada beberapa sebab akaun anda telah dihadkan.
"Saya nampak ramai user WhatsApp yang terkena Auto Logout. Ada juga yang lepas logout terus kena ban. Ada yang terus kena ban dan kena tunggu REQUEST REVIEW kalau nak guna WhatsApp semula. Ada yang kena Permanent Ban." katanya di Threads.

Fahmi juga ada berkongsi beberapa sebab yang boleh menjadi punca akaun anda disekat di WhatsApp
- Hanya guna WhatsApp Business untuk urusan perniagaan dan mesej ramai orang. (Jangan guna WhatsApp persendirian)
- Jangan chat lebih dari 1-2 mesej kepada sesiapa pun
- Jangan spam orang baru yang tidak menyimpan nombor kita
- Jangan mesej bertalu-talu kalau belum dibalas
- Jangan mesej ramai orang serentak dengan ayat yang sama (copy-paste atau quick reply)
- Hanya balas mesej selang 10-20 saat untuk setiap orang kalau terlalu banyak mesej (Untuk elak dari dianggap sebagai akaun bot)
Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, elakkan beberapa perkara ini jika menggunakan WhatsApp Web
1. Guna aplikasi rasmi WhatsApp Web for Desktop yang boleh dimuat turun dari laman web WhatsApp dan Microsoft Store. Elak dari mengguna browser untuk mengelakkan sesi cookies dicuri sementara anda live.
Teknik ini digunakan untuk mencuri akaun emel yang masih tengah log masuk dan tekni ini boleh melepasi 2FA atau authenticator.
2. Imbas PC anda untuk virus atau malware.
3. Tengok peranti yang bersambung jika terdapat peranti lain yang tidak dikenali menggunakan akaun anda.
4. Jangan guna aplikasi tambahan WhatsApp pihak ketiga.
Jika akaun anda diakses tanpa kebenaran, anda perlu membuat permohonan di website, terangkan bahawa akaun anda tidak disalahgunakan, masukkan nombor penuh (+60) dan nyatakan bahawa akaun anda telah diambil alih atau digodam.
Aktifkan keselamatan Two-Step Verification (2FA), Notifikasi Sekuriti, alamat emel dan passkeys.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via