Rekaan Graduan Animasi UiTM Dipilih Jadi Logo & Maskot Rasmi Sukan SEA & PARA ASEAN 2027
Rekaan berinspirasi daripada imej burung kenyalang dan atlet melompat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang graduan animasi kreatif, rekaan logo Aiman Amri telah terpilih untuk Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027
Anak muda 23 tahun ini telah berjaya mengalahkan semua peserta lain melalui penyertaan pertamanya dalam pertandingan tersebut.
Dia telah berjaya membuktikan kreativiti, bakat dan keberanian untuk mencuba masih menjadi kekuatan anak tempatan apabila menyertai pertandingan.
Aiman hanya sempat menghantar satu rekaan logo bersama satu cadangan maskot dalam percubaan pertamanya sebelum diumumkan sebagai pemenang.

Rekaan berinspirasi daripada imej burung kenyalang dan atlet melompat
Menurut Aiman inspirasi logo itu tercetus hanya dengan melihat angka '2027' sebelum Aiman mengolahnya menjadi imej burung kenyalang yang turut menggambarkan pergerakan seorang atlet sedang melompat sebagai simbol semangat kesukanan.
"Saya berinspirasi daripada angka '2027' itu sendiri kerana saya nampak nombor itu boleh dibentuk menjadi Burung Kenyalang, selain memberi gambaran seorang ahli sukan yang sedang bergerak," katanya.

Aiman merupakan seorang Graduan Diploma Animasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menyambung pengajian Ijazah Reka Bentuk Grafik secara sambilan dan mengambil masa hampir dua bulan memperincikan lakaran sebelum menghasilkan rekaan akhir.
"Ramai anak muda Malaysia mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, animasi dan VFX, jadi AI sepatutnya hanya membantu mengembangkan idea, bukannya mengambil alih kreativiti kita," katanya.

Aiman juga telah membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 dan diikuti tempat kedua dengan RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000.
"Saya akan gunakan sebahagian wang kemenangan ini untuk pelaburan kerana saya masih muda, manakala perkara pertama yang saya mahu lakukan ialah membawa keluarga keluar makan sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan mereka," katanya.
Untuk rekod, Sukan SEA 2027 di Malaysia akan bermula dari 18 hingga 29 September 2027.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via