Risau Jerebu? Ini 7 Barang Yang Patut Ada Dalam Kereta Untuk Perjalanan Lebih Selesa

Mudah sebenarnya demi keselesaan ketika memandu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Amazon & Google Gemini

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jerebu dan cuaca panas dek El Nino sudah tidak dapat dielakkan lagi sekali gus menjadikan perjalanan lebih berat dan kurang selesa untuk diri sendiri mahupun kereta anda

Terdapat beberapa barang ringkas dan mudah yang boleh disediakan dalam kereta untuk membantu memudahkan perjalanan anda atau menambah keselesaan ketika memandu.

Jadi, barangan apa yang dapat membantu anda mengharungi jerebu mahupun cuaca panas?

Ini 7 barang yang perlu ada dalam kereta untuk perjalanan lebih selesa buat diri sendiri dan kereta.

SAYS.com

Gambar janaan AI

Image via Google Gemini

1. Air minum

SAYS.com
Image via BHPetrol

Nampak mudah tetapi ramai selalu lupa mengenai masalah dehidrasi daripada cuaca panas mahupun disebabkan jerebu.

Minum air dengan banyak supaya anda tidak mengantuk ketika memandu.

Air juga bagus untuk melembapkan tekak yang kering akibat cuaca panas dan terlalu banyak jerebu.

2. Lozeng (Gula-gula sakit tekak)

SAYS.com
Image via Magnific

Lozeng atau gula-gula sakit tekak boleh melegakan sakit tekak, kurangkan keradangan dan membasmi kuman ringan di dalam mulut.

Dengan cuaca jerebu ini boleh menyebabkan tekak anda gatal-gatal dan kebatukan kerana udara yang tercemar walaupun berada di dalam kereta.

3. Pembersih udara kereta

SAYS.com
Image via Amazon

Pembersih udara kereta atau car air purifier adalah antara aksesori yang boleh ditambah di dalam kereta anda.

Pengudaraan dalam kereta anda boleh menjadi lebih baik untuk pernafasan anda.

Terdapat pelbagai jenis model yang perlu disemak supaya sesuai dengan saiz kereta anda. Ada juga jenis-jenis air purifier yang menggunakan USB untuk digunakan dengan lebih mudah.

4. Vakum mini

SAYS.com
Image via Sensible Driver

Mencuci habuk di dalam kereta sudah menjadi satu kemestian untuk semua orang.

Vakum mini kecil juga boleh digunakan untuk membersihkan habuk yang telah terkumpul di celah-celah karpet, tempat duduk dan ruang dalam kereta anda.

5. Penapis udara kabin (cabin air filter)

SAYS.com
Image via Kuness Toughton

Tidak dilupakan juga, cabin air filter yang jarang-jarang sekali diperiksa.

Cabin air filter tidak boleh diabaikan kerana ia boleh dipenuhi habuk dan kotoran. Sema penapis ini secara berkala dan tukar mengikut tempoh yang disarankan.

6. Cecair pencuci cermin kereta

SAYS.com
Image via Vocket

Jerebu dan cuaca panas dan terik boleh mengganggu pandangan ketika pemanduan.

Simpan cecair pencuci cermin yang sesuai dengan kenderaan dan sentiasa pastikan paras air di dalam bekas air wiper sentiasa mencukupi.

Keadaan wiper juga perlu diperiksa kerana sudah terdapat banyak kes di mana wiper rosak ketika mahu digunakan atau cair akibat cuaca yang terlalu panas.

7. Kain mikrofiber dan tisu basah

SAYS.com
Image via Albaad

Kain mikrofiber dan tisu basah boleh digunakan untuk memastikan bahagian dalam kereta kekal bersih.

Tisu basah pula boleh digunakan untuk mengelap sisa-sisa makanan dan air yang tertumpah di dalam kereta sekaligus mengelap debu-debu di dalam kereta juga.

SAYS.com
Image via Extend A Reach

Cuma pastikan tisu basah yang dibeli anda itu sesuai untuk kegunaan mengelap bahagian muka dan tangan. Atau anda boleh terus membeli tisu basah khas yang digunakan untuk mengelap dan membersihkan permukaan di dalam kereta.

Banyak lagi sebenarnya barangan atau persediaan yang anda boleh lakukan terhadap kereta anda mahupun diri sendiri ketika pemanduan.

Paling penting, moga keadaan diri sendiri dan kereta anda dijaga dengan baik untuk pemanduan lebih selesa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: