Samseng Jalanan, Mat Rempit Berdepan Hukuman Penjara Mulai 1 November Ini – JPJ

Ia susulan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Cover ImageCover image via Olivia Harris/Reuters

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hukuman lebih berat, termasuk hukuman penjara, terhadap kegiatan samseng jalanan atau 'mat rempit' akan mula berkuat kuasa pada 1 November ini susulan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pindaan berkenaan sudah diluluskan Parlimen dan kini menunggu proses pewartaan akhir.

Beliau berkata, pindaan itu akan membolehkan anggota penguat kuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang terbabit dalam perlumbaan haram dan aktiviti menunggang secara berbahaya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Arkib NSTP

"Pindaan terhadap Akta 333 sudah diluluskan Parlimen dan jika semuanya berjalan lancar, ia akan dikuatkuasakan mulai 1 November.

"Kita akan mengenakan hukuman yang jauh lebih berat, termasuk hukuman penjara, terhadap kesalahan 'mat rempit'.

"Di bawah Seksyen 42(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pindaan itu juga akan memudahkan pegawai penyiasat mengambil tindakan,"
katanya.

JPJ kini menunggu pandangan Jabatan Peguam Negara, manakala proses yang masih berbaki adalah pewartaan pindaan berkenaan

Kifli berkata, isu kegiatan 'mat rempit' adalah kebimbangan di peringkat nasional dan memerlukan tindakan penguatkuasaan berterusan oleh agensi berkaitan.

Jelasnya lagi, masalah berulang membabitkan 'mat rempit' di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini juga akan ditangani menerusi kerjasama lebih erat antara JPJ dan polis.

"Isu mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu adalah masalah yang berulang dan JPJ akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan tindakan penguatkuasaan diambil," katanya.

SAYS.com

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan

Image via Arkib NSTP

Beliau berkata, pindaan terbaharu terhadap Akta 333 itu bertujuan memperkukuh penguatkuasaan terhadap perlumbaan haram, samseng jalanan dan kesalahan lain yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Pindaan itu juga dijangka memberikan peruntukan undang-undang yang lebih kukuh kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit dalam aktiviti pemanduan berbahaya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: