Satu Pertiga Pekerja Di Malaysia Terperangkap Kerja Dengan Gaji Rendah

Difahamkan, mereka ini daripada berpendidikan tinggi dan bekerja di bawah tahap kelayakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Gambar janaan AI

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih satu pertiga pekerja berpendidikan tinggi dalam negara terperangkap dengan pekerjaan yang berada di bawah tahap kelayakan mereka

Menurut Berita Harian, laporan ini telah dikongsikan oleh Bank Dunia.

Laporan Pemantau Ekonomi Malaysia April 2026, ' Menaikkan Siling, Menaikkan Lantai: Agenda Pekerjaan sebagai Agenda Produktiviti' menunjukkan kadar guna tenaga yang tidak penuh berkaitan kemahiran untuk pekerja berpendidikan tinggi telah meningkat dari 30.2% pada tahun 2015 kepada 36.1% pada tahun 2024.

Situasi ini telah menambah kesan kewangan kerana graduan banyak berdepan dengan gaji yang lebih rendah berbanding rakan sebaya dalam pekerjaan dengan padanan kemahiran yang betul.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via PERTIWI

Graduan berdepan dengan 'penalti gaji'

Menurut laporan, definisi 'penalti gaji' ini menunjukkan fenomena penyisihan pekerjaan atau occupational sorting di mana kebanyakan siswazah tempatan terpaksa menerima tawaran kerja bawahan yang menawarkan gaji lebih rendah.

Graduan juga berdepan dengan pendapatan 49.3% lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.

Laporan itu menunjukkan orang muda paling terkesan dimana yang berusia 25 hingga 29 tahun yang mempunyai pendidikan tinggi bekerja dalam pekerjaan di bawah tahap kemahiran mereka.

Wanita juga cenderung untuk mengalami perkara yang sama dengan kadar kemahiran tidak mencecah sekitar 40%.

"Fenomena itu turut ketara dalam sektor pekerjaan tidak formal dan ekonomi gig, di mana ramai pekerja berkemahiran tinggi menjadikan pekerjaan itu sebagai pilihan sementara akibat kekurangan peluang pekerjaan bergaji baik dan stabil," kata laporan itu.

Jurang lebih berbeza mengikut negeri

Jurang peluang pekerjaan juga sangat berbeza mengikut negeri seperti dengan kadar guna tenaga tidak berkaitan kemahiran. Di Kelantan angkat ini mencecah 50% manakala 40% untuk Terengganu, Pahang dan Perlis.

Perkara ini juga terjadi apabila bilangan siswazah memasuki industri lebih banyak dari jumlah kekosongan jawatan berkemahiran tinggi yang sedia ada.

SAYS.com
Image via Mikail Ong/NSTP

Bank Dunia mengatakan cabaran ini memerlukan peralihan daripada kuantiti kepada kualiti pekerjaan.

Jumlah siswazah yang salah padanan kerjanya hanya membazirkan pelaburan modal insan dan berisiko menyekat pertumbuhan gaji yang kukuh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: