Sekolah Dari Perlis Raih Perhatian Ramai, Pelajar Sendiri ‘Setup’ Siaran Langsung Kejohanan Bola Sepak
Siapa kata sekolah tak boleh ajar 'setup' live bola?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Derma (SMKD) di Perlis baru-baru ini meraih perhatian selepas mereka sendiri mengendalikan siaran langsung kejohanan bola sepak
Kejohanan yang disiaran langsung adalah Kejohanan Bola Sepak MSSPs 2026 yang telah pun diadakan pada 15 hingga 19 Jun lepas.
Kejohanan ini adalah kejohanan peringkat negeri Perlis dan juaranya akan menjadi skuad bakal mewakili Perlis ke kejohanan lebih besar peringkat kebangsaan.
Dikongsikan oleh @fat_deadpoool di Threads, dia memuji inisiatif pihak sekolah kerana menunjukkan operasi siaran langsung yang digunakan oleh pelajar dengan menggunakan peralatan penyiaran yang canggih dengan profesional.
"Sekolah pun ada barang sendiri. Yang kat tempat kerja ni nak macam stesen televisyen. Tapi nak suruh beli barang pun kedukut. Tahniah student, cikgu dan ibu bapa sekolah ini," katanya di Threads.

90% operasi penyiaran dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar SMKD
Pelajar-pelajar dalam video tersebut dipuji kerana mereka langsung tidak kekok mengendalikan semua stesen penstriman bermula dari papan pengadun video, komputer riba, kamera utama, pengulas perlawanan dan pengawalan grafik.
Rata-rata komen memuji semua pelajar-pelajar ini yang menjayakan lagi kejohanan bola sepak berkenaan.

"Tahniah guru! Kita bawa penyiaran sebenar ke sekolah."
"Mantap! Budak-budak ni habis sekolah terus dapat kerja broadcasting ni,"
"Pendedahan yang menyeronokkan. Saya dulu belajar di IPT baru merasa. Banyak program dah lalui kecuali konvo. Sangat menyeronokkan. Yang tak seronok hanya masa setup di dewan sampai 2 pagi, esoknya pagi pukul 7 dah stanby," komen di Threads.
Cikgu Siti yang membimbing semua pelajar ini juga ada berkongsi video setup ketika kejohanan itu berlaku.
Semua bahagian yang ditunjukkan telah menjadi nadi penting buat pertandingan tersebut bermula dengan meja pengulas, bahagian pengalawan kamera, penganalisis perlawanan, switcher dan pelbagai lagi.

Menurut Cikgu Siti, banyak kerjasama dari institusi negeri yang membantu menjayakan siaran langsung ini seperti Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan Negeri, IKBN Perlis dan lain-lain.
Usaha sekolah dan guru dari sekolah ini untuk mendedahkan pelajar kepada bidang produksi dan penyiaran wajar dipuji untuk menjadi inspirasi anak muda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via