Selangor Potong Sewa Premis PBT 30%, Tawar Moratorium Untuk Penyewa Smart Sewa
Kerajaan negeri turut menawarkan moratorium sewa selama tiga bulan bermula Oktober kepada 1,012 penyewa di bawah skim Smart Sewa Selangor.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pengurangan kadar sewa sebanyak 30 peratus kepada lebih 21,000 penjaja dan peniaga yang menyewa premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa kedua
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insentif selama enam bulan bermula Julai itu bertujuan membantu usahawan meneruskan perniagaan tanpa perlu menaikkan harga makanan kepada pengguna.
Menurut beliau, seramai 21,234 peniaga bakal menikmati manfaat tersebut melibatkan peruntukan RM4.5 juta, dengan pengurangan sewa diberikan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
Selain itu, kerajaan negeri turut menawarkan moratorium sewa selama tiga bulan bermula Oktober kepada 1,012 penyewa di bawah skim Smart Sewa Selangor.
Katanya, pelaksanaan moratorium yang diselaraskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) itu membolehkan penyewa terus menikmati kadar sewa antara RM450 hingga RM1,300 sebulan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
Image via Berita HarianImage viaDalam masa sama, seramai 2,333 penjawat awam yang membuat pinjaman rumah di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri turut diberi peluang menikmati moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2026, tertakluk kepada permohonan
Amirudin turut mengumumkan rebat cukai taksiran 100 peratus bagi tahun 2026 kepada pemilik kediaman yang memasang teknologi hijau seperti panel solar, sistem penuaian air hujan, kitar semula, pengkomposan sisa makanan dan unit pengecas kenderaan elektrik.
Bagi menjayakan inisiatif itu, setiap PBT akan menyediakan dana antara RM100,000 hingga RM1.5 juta mengikut kategori masing-masing.
Terdahulu, Amirudin membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa kedua yang merangkumi 15 inisiatif bernilai RM209.26 juta bagi mendepani kesan krisis tenaga global susulan perkembangan di Asia Barat.
Menurut beliau, pakej berkenaan bukan sahaja melibatkan bantuan tunai, malah memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi secara menyeluruh supaya manfaat hasil negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via