Semua Sekolah Seluruh Negeri Johor Diarah Tutup Selama Dua Hari Pada 8 & 9 Oktober Akibat Jerebu

Difahamkan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan di semua sekolah sepanjang tempoh penutupan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua sekolah di seluruh negeri Johor diarah tutup selama dua hari bermula hari ini, 8 hingga 9 Oktober 2026, berikutan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang dilaporkan berlaku di pelbagai daerah di negeri berkenaan

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor, YB Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali menjelaskan bahawa keputusan penutupan itu dibuat bagi menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, sebagai langkah berjaga-jaga demi menjamin keselamatan dan kesihatan murid.

Katanya lagi dalam satu kenyataan media di Facebook, bagi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terjejas sepanjang tempoh penutupan berkenaan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan di semua sekolah.

Di samping itu, sebarang pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) atau mana-mana pentaksiran yang dijadualkan berlangsung sepanjang dua hari tersebut akan ditangguhkan dan dijadualkan semula tertakluk kepada ketetapan rasmi daripada Lembaga Peperiksaan serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

SAYS.com
Image via Dr. Naqib Ghazali (Facebook)
SAYS.com
Image via Dr. Naqib Ghazali (Facebook)

Kerajaan Negeri Johor turut memahami implikasi keputusan penutupan ini ke atas urusan seharian ibu bapa serta penjaga yang masih perlu bekerja.

Sehubungan itu, pertimbangan dan kerjasama daripada pihak majikan amat dihargai untuk memberikan fleksibiliti yang bersesuaian, termasuk pengaturan kerja yang munasabah mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.

Guru-guru dan kakitangan sekolah turut dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan ini

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari semasa ke semasa, sambil menyeru ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala pernafasan seperti batuk, sakit tekak, atau sesak nafas.

Bagi sekolah berasrama, kebenaran untuk murid pulang ke rumah adalah tertakluk kepada keputusan Pengetua berdasarkan penilaian risiko semasa serta pertimbangan aspek keselamatan dan kebajikan murid.

Menerusi pertimbangan YB Menteri Pendidikan, guru-guru dan kakitangan sekolah turut dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan ini, manakala pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan kekal bertugas seperti biasa.

SAYS.com
Image via Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Facebook)Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: