Singapura Bakal Denda RM1,600 Buat Individu Main Lagu Kuat Dalam Bas

Malaysia bila nak ada?

Enlarge text
Cover ImageCover image via All About City & Yahoo! News

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Singapura akan mengenakan denda ribuan ringgit jika anda memainkan muzik dengan kuat di dalam bas

Dilaporkan oleh BBC, Singapura telah mengambil langkah untuk mengurangkan masalah gangguan terutamanya ketika memasang lagu yang kuat di dalam kenderaan awam.

Jika anda pengguna kenderaan awam, sudah pasti akan ada hari di mana anda hanya mahu suasana yang senyap tetapi terdapat beberapa individu tanpa menghiraukan orang ramai memainkan sesuatu di telefon bimbit mereka dengan sangat kuat.

Beberapa negara telah menganggap perkara ini sebagai anti-sosial.

SAYS.com
Image via BBC

Singapura akan mengisukan saman SG$500 untuk muzik kuat di dalam bas

Saman ini adalah untuk individu yang didapati memainkan lagu kuat di dalam bus. Singapura telah pun mempunyai peraturan ini di dalam keretapi.

Saman tersebut boleh naik sehingga SGD500 (RM1,600). Bukan satu jumlah yang kecil buat orang Singapura atau orang luar.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Seamless Bay Area

"Perkara iniakan memupuk persekitaran pengangkutan awam yang lebih selamat, lebih bertimbang rasa, dan selesa untuk semua,

"Pengangkutan awam adalah ruang bersama, dan setiap pengguna memainkan peranan penting dalam memastikan suasana perjalanan yang bertolak ansur dan menyenangkan."
kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA).

Saman sebegini ini boleh menjadi lebih tinggi sehingga SGD5,000 (RM16,000) untuk kesalahan lebih serius.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: