Sistem Kerja Hibrid Baharu Penjawat Awam ‘3 Hari Di Pejabat, 2 Hari WFH’ Mulai 1 Ogos Ini

Difahamkan, penjawat awam tidak boleh memilih Isnin dan Jumaat sebagai hari WFH.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malay Mail & The Star

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kerajaan memperkenalkan inisiatif bekerja dari rumah (WFH) untuk penjawat awam pada pertengahan April lalu, hasilnya bukan sekadar memberi fleksibiliti kepada kakitangan kerajaan, malah turut menjimatkan jutaan ringgit wang negara

Kini, selepas melihat keberkesanannya, kerajaan bakal memperkenalkan pula sistem Hari Bekerja Hibrid (Hybrid Working Day – HWD) yang akan bermula 1 Ogos ini.

Menurut laporan Malay Mail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, di bawah dasar baharu itu, penjawat awam perlu hadir bekerja di pejabat selama tiga hari seminggu, manakala dua hari lagi boleh bekerja secara hibrid, sama ada dari rumah atau lokasi lain yang dibenarkan.

Menurut beliau, langkah itu diambil selepas inisiatif WFH yang dilaksanakan sejak April berjaya mencapai objektif asalnya, iaitu mengurangkan perbelanjaan subsidi petrol kerajaan tanpa menjejaskan produktiviti.

SAYS.com

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

Image via Malay Mail

Kerajaan jimat lebih RM7.3 juta subsidi petrol

Sepanjang kira-kira tiga bulan pelaksanaan WFH, kerajaan berjaya menjimatkan RM7,309,084 daripada perbelanjaan subsidi petrol.

Dalam tempoh sama, penggunaan bahan api turut berkurang sebanyak 4,046,448 liter, manakala seramai 659,000 penjawat awam telah mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

Menurut Shamsul Azri, pencapaian itu membuktikan sistem kerja yang lebih fleksibel mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada penjawat awam, malah kepada kewangan kerajaan.

Tak boleh pilih Isnin dan Jumaat untuk sambung hujung minggu

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Star

Walaupun lebih fleksibel, kerajaan menetapkan satu syarat penting bagi mengelakkan penyalahgunaan kemudahan tersebut.

Penjawat awam tidak dibenarkan memilih hari bekerja hibrid yang bersambung dengan cuti hujung minggu, bagi mengelakkan situasi 'long weekend'.

Sebagai contoh, jika cuti hujung minggu jatuh pada Sabtu dan Ahad, mereka tidak boleh memilih Isnin dan Jumaat sebagai hari bekerja dari rumah. Langkah itu dibuat bagi memastikan sistem kerja hibrid tidak disalahgunakan sebagai peluang untuk memanjangkan cuti.

Dalam perkembangan lain, Shamsul Azri memaklumkan sebanyak 37 organisasi sektor awam, melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, telah menerima Pensijilan UNGGUL SPINE.

Pensijilan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen organisasi berkenaan dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta amalan pencegahan rasuah dalam perkhidmatan awam.

Dengan pelaksanaan sistem kerja hibrid ini, kerajaan berharap penjawat awam dapat menikmati keseimbangan kerja yang lebih baik, sambil memastikan produktiviti kekal tinggi dan perbelanjaan negara terus dioptimumkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: