SPM 2026 Bermula 26 Oktober Ini, Libatkan 420,879 Calon Berdaftar Seluruh Negara

Hanya sebulan lebih sahaja lagi.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sah akan bermula pada 26 Oktober hingga 1 Disember ini

Dilaporkan oleh Berita Harian, Kementerian Pendidikan telah memaklumkan SPM akan bermula pada 26 Oktober hingga 29 Oktober di mana calon akan menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu, 2 hingga 5 Novermber untuk ujian bertutur Bahasa Inggeris.

"Bagi tarikh 16 hingga 18 November pula, calon akan menjalani ujian Amali Sains, seterusnya 23 November 17 Disember pula peperiksaan bertulis akan dilakukan.

"Sementara itu, ujian mendengar Bahasa Melayu akan diadakan pada 30 November ini dan ujian mendengar Bahasa Inggeris pula dilakukan pada 1 Disember,"
katanya.

SAYS.com
Image via NSTP / HAZREEN MOHAMAD

Seramai 420,879 calon akan menduduki SPM tahun 2026

Kementerian Pendidikan mengatakan secara keseluruhan seramai 420,879 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 yang akan diadakan di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara.

Jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap akan diberikan dalam waktu terdekat.

"Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.

"KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Berbanding tahun lepas, SPM 2026 bermula sedikit awal berbanding SPM 2025. Calon SPM 2026 juga lebih ramai dari 413,372 orang yang berdaftar untuk SPM lepas.

Keputusan SPM 2025 telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42 mata.

Selamat maju jaya buat semua yang bakal menduduki SPM 2026!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: