SPR Tidak Tolak Kemungkinan Laksana Mengundi Dalam Talian Pada Masa Hadapan
Undi terus secara 'online'?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan undian pilihan raya pada masa hadapan akan dibuat secara dalam talian sahaja
Dilaporkan di Berita Harian, Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, mengatakan pelaksanaan ini masih memerlukan penelitian menyeluruh, terutamanya terhadap kepercayaan dan keyakinan awam terhadap sistem e-voting.
Sistem ini memerlukan beberapa aspek penting seperti keselamatan siber, integriti proses pilihan raya, kerahsiaan undi, kesiapsiagaan infrastruktur dan pindaan undang-undang, jika diperlukan.
"SPR sedang meneliti kemungkinan pelaksanaan e-voting sebelum ia dilaksanakan di negara ini.
"Antara perkara sedang diteliti termasuk pengalaman negara lain, perkembangan teknologi sedia ada, aspek keselamatan dan integriti sistem serta tahap kesediaan masyarakat," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianMalaysia telah lama mengekalkan sistem pemenang undian terbanyak
Sejak 1957, Malaysia telah mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang memperoleh undi paling banyak untuk Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sistem first-past-the-post atau pemenang undi terbanyak membolehkan mana-mana calon dengan majoriti akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi pilihan raya berkenaan.
Pada hari mengundi, pemilih berdaftar akan keluar mengundi di pusat yang ditetapkan, antara jam 8 pagi hingga 6 petang untuk di Semenanjung, manakala 7:30 pagi hingga 5:30 petang di Sabah dan Sarawak.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.
Image via Berita HarianSPRM sentiasa meneliti ruang bagi menambahbaik semua proses pilihan raya termasuk pengundian pos.
"Bagaimanapun, sebarang perubahan perlu mengambil kira keperluan perundangan, keselamatan proses pengundian, kerahsiaan undi, kebolehpercayaan sistem serta amalan terbaik antarabangsa.
"SPR ketika ini, tidak memuktamadkan sebarang keputusan bagi melaksanakan pendigitalan pengundian pos," katanya lagi.
Projek rintis telah dibuat dengan Sistem Pengecaman Aksara Optik bagi Rekod Kehadiran Pemilih (OCR-VA) dan dilaksanakan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Semua projek ini sedang diperhalusi, meliputi aspek teknikal, operasi, keselamatan data, kebolehpercayaan sistem dan keberkesanan kepada petugas serta pengalaman pengundi itu sendiri.
"Melalui sistem OCR-VA, MyKad pemilih diimbas bagi mengesahkan kehadiran di saluran secara automatik dan direkodkan secara digital dalam sistem, sebelum menjalani proses seterusnya seperti penandaan dakwat kekal dan pengeluaran kertas undi," tambah beliau.
Walaupun proses kehadiran direkodkan secara digital, semua prosedur keselamatan dan proses biasa pilihan raya lain masih kekal seperti biasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via