Suhu Panas Melampau Cetus Kebimbangan, Ramai Dinasihat Kurangkan Aktiviti Luar

Minum air secukupnya dan pakai 'sunscreen' apabila hendak keluar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuaca yang panas melampau kini melanda Malaysia sejak beberapa hari lalu dan kini disedari ramai

Perkara ini mecetuskan kerisauan dalam kalangan penduduk apabila bahang tersebut lebih panas daripada biasa dan tidak berangin.

Ramai netizen juga meluahkan perasaan mereka setelah menyedari perkara yang sama di media sosial.

Satu hantaran di Threads oleh @Ifaaismail meluahkan rasa tidak selesa dengan bahang dan kepanasan cuaca sejak beberapa hari ini juga mendapat perhatian ramai orang.

"Satu Malaysia ke rasa bahang ni? Ke aku je yang kat Selangor ni," katanya.

Pada awal bulan Julai lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menyatakan bahawa fenomena Super El Niño berpotensi berlaku mulai November ini, tetapi cuaca lebih panas dan kering akan bermula dari Ogos hingga Oktober. Perkara ini sekaligus meningkatkan risiko suhu lebih tinggi, pengurangan taburan hujan dan kemarau selepas Monsun Timur Laut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Ramai setuju cuaca semakin terik dan sebagai ketibaan awal El Niño

Di ruangan komen, ramai bersetuju bahawa cuaca dengan bahang luar biasa ini menjadi petanda awal kedatangan El Niño yang diramalkan akan berlaku beberapa bulan lagi.

"El Niño peringkat awal ni kak. Sebelum ia matang beberapa bulan lagi, nanti dah matang lagi panas," kata @miyabi260195 di Threads.

Ada juga beberapa orang yang mengalami perkara yang sama apabila membuka penghawa dingin, masih dapat merasai bahangnya sehingga perlu merendahkan lagi suhu.

"Seminggu ini dari minggu lepas malam tidur kena buka aircond buka kipas, panas yaa, siang pula air dekat toilet pun panas"

"Saya kat rumah aircond 20°C, kipas terus kat muka pun masih berpeluh kak."

"Ya Allah, peluh menitik-nitik ni. Kipas tak rasa. Aircond tak rasa. Semua ibarat angin bahang je. Tengah malam pun macam tu."


Bukan Selangor sahaja yang mula merasai bahang luar biasa ini. Beberapa negeri lain juga mengalami perkara yang sama.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NSTP

Menurut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Stesen Meteorologi Termerloh Pahang merekodkan suhu maksimum tertinggi di negara ini semalam iaitu 34.5 darjah Celsius. Cuaca juga menjadi tidak menentu apabila Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pula mencatatkan hujan harian tertinggi dengan bacaan 83.2 milimeter (mm).

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti luar yang terlalu lama bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang kerana bacaan Indeks UV mencecah tahap ekstrem ditambah dengan suhu yang lebih tinggi dari normal.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: