Sujud Terhalang Kain Telekung Atau Pakaian, Adakah Sah Atau Batal Solat Kita?

Hati-hati dengan perkara ini walaupun kecil.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @gengmkn / Instagram

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam solat, banyak aspek yang perlu diambil kira bagi melaksanakan Rukun Islam kedua ini termasuklah syarat wajib solat, syarat sah solat dan perkara yang membatalkan dan pelbagai lagi perkara lain

Kadangkala terdapat beberapa perkara yang sering membuatkan kita terlepas pandang terutamanya perkara-perkara kecil dalam solat tetapi boleh membawa kepada impak yang besar iaitu solat yang tidak sah dan batal.

Antara yang sering terlepas pandang adalah syarat sah sujud. Antara perkara yang sering kita sendiri melihat adalah tidak melipatkan jari kaki ketika sujud.

Dalam kes ini pula, antara yang paling dilupai adalah bahagian dahi yang dihalang terutamanya kerana pakaian seperti songkok, telekung dan lain-lain.

Dikongsikan oleh @gengmkn di Instagram, mereka menjelaskan beberapa perkara yang boleh membuatkan sujud tidak sah terutamanya bahagian dahi yang terhalang.

Jadi apa yang membuatkan sujud anda tidak sah?

"Yang dikira tidak sah sujud itu apabila dahi dihalang oleh pakaian yang sedang dipakai,

"Contohnya dia letak sejadah atau pun ridak di atas bahu, kemudian nak sujud, tiba-tiba sejadah atau pun tidak tu terjatuh dan menghalang dahi ketika nak sujud itu baru tidak sah,"
katanya.

SAYS.com
Image via @gengmkn / Instagram

Buat wanita pula yang solat memakai telekung ketika nak sujud.

"Wanita yang solat pakai telekung ketika nak sujud, telekung itu menghalang dahi terkena di tempat sujud, maka sujud itu tidak sah," katanya lagi.

Selagi mana barang yang dipakai itu menghalang dahi daripada menyentuh tempat sujud, maka sujud itu tidak sah dan solat perlu diulang semula

SAYS.com
Image via @gengmkn / Instagram

Hukum berbeza jika barang itu sudah berada di atas lantai

Tetapi perkara ini adalah berbeza hukumnya untuk ketika barang tersebut sudah pun berada di atas lantai atau pun sudah terjatuh sepenuhnya daripada badan.

"Contohnya ketika solat, tiba-tiba kopiah terjatuh kat lantai, kemudian kita sujud atas kopiah, sujud tersebut sah, kerana kopiah itu sudah tidak lagi dipakai," ulas dari Ustaz.

Hal ini sama dengan situasi kita bersujud di atas kain, ataupun barang yang memang sudah di atas lantai, sujud tersebut juga sah.

SAYS.com
Image via @gengmkn / Instagram

Menurut gengmkn dengan hasil rujukan Alfiqh Almanhaj, perkara ini juga sama untuk rambut.

"Ya benar. Jika rambut menutup keseluruhan dahi sehingga dahi tak menyentuh tempat sujud, maka sujud tidak sah. Namun, jika hanya sebahagian dahi ditutup dan masih ada bahagian dahi yang menyentuh tempat sujud, maka sujudnya sah."

Antara perkara lain yang sebenarnya juga membatalkan sujud adalah sujud di mana tujuh anggota badan iaitu dahi, semua jari kedua-dua tapak tangan, dua lutut dan semua jari kedua-dua tapak kaki tidak mengena bumi.

Antara hikmah diperintahkan sujud dengan muka pada bumi itu adalah kerana merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah S.W.T.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: