Syed Saddiq & Bella Pilih Kenduri Rakyat, Sumbang Barangan Asas Bernilai RM300,000

Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di Muar, Johor pada 25 Oktober diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tanggal 10 Oktober ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal ke jinjang pelamin sebagai suami isteri

Dilaporkan Harian Metro, majlis perkahwinan ini bakal berlangsung di Muar, Johor pada 25 Oktober dan diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Perkahwinan pasangan ini telah menjadi salah satu detik yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat.

Di sebalik kesibukan persediaan majlis, kedua-dua telah bersepakat untuk membawa mesej yang lebih bermakna menerusi perkahwinan mereka.

Syed Saddiq mengatakan penganjuran majlis perkahwinan berkenaan bukan sahaja untuk meraikan hari bahagia tetapi tanggungjawab untuk memberi semula kepada masyarakat.

SAYS.com
Image via Malaysia-China Insight

Kenduri Rakyat yang dirancang ini adalah hasil kerjasama jenama tempatan yang menyumbang ribuan kilogram bahan asas yang bernilai sekurang-kurangnya RM300,000.

"Awal-awal lagi saya nak pastikan kenduri rakyat ini diurus dengan baik sebab ini cara terbaik kita mahu mengembalikan hari kebahagiaan ini kepada orang ramai.

"Nilai sumbangan bahan asas ini mencecah RM300,000 dan berbanding meminta wang tunai adalah lebih baik kita meringankan beban orang ramai,"
katanya.

Menurut Syed, dia mahukan kenduri rakyat ini memberi teladan kepada anak muda agar tidak berbelanja berlebihan atau menanggung beban hutang berdekad-dekad hanya demi kemewahan majlis sehari.

"Atas sebab itu, majlis resepsi utama di ibu kota dikecilkan skalanya kepada 200 tetamu sahaja.

"Bagi membolehkan peminat dan rakan yang tidak dapat hadir secara fizikal meraikan bersama, majlis akan disiarkan secara langsung di platform TV dan atas talian,"
katanya.

Sementara itu, Bella menambah sebab Kota Kinabalu dijadikan lokasi resepsi kerana kedudukan strategik di tengah-tengah untuk memudahkan kehadiran keluarga dan jemputan dari seluruh negeri.

"Kota Kinabalu (KK) itu lokasinya di tengah-tengah. Ikutkan hati memang nak buat di Sandakan, tapi kebanyakan penaja berada di KK.

"Selepas dipertimbangkan, lebih baik buat di sana (KK) supaya orang dari Lahad Datu dan seluruh Sabah mudah untuk datang,"
katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Eizairi Shamsuddin

Terima nasihat bermakna daripada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Pasangan itu turut menerima nasihat bermakna daripada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiga hari sebelum beliau meninggal dunia. Pertemuan dua jam itu telah meninggalkan kesan mendalam buat Syed Saddiq dan Bella.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut Syed Saddiq, Allahyarham amat ceria dan berkongsi cinta serta pesanan mengenai kepentingan toleransi dan kompromi dalam rumah tangga. Bella juga mengatakan pesanan yang diterima adalah wanita yang lembut tetapi kuat di sisi suami akan sentiasa dipelihara.

Syed Saddiq bersedia untuk bergelar bapa dua cahaya mata Bella

Syed Saddiq kini secara automatik bakal menjadi bapa kepada dua anak Bella iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Beliau juga mengakui sudah mula membaca pelbagi buku berkaitan keibubapaan sejak akhir tahun lalu. Cara Bella mendidik anak-anaknya juga disifatkan sangat bijak dan bersopan santun.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Saya bertuah kerana tanggungjawab dan amanah itu dilaksanakan dengan begitu baik oleh ibunya. Saya hanya sekadar pelengkap dan akan cuba buat yang terbaik untuk laksanakan amanah ini," katanya.

Majlis nikah akan berlangsung sehari selepas pembentangan Belanjawan 2027 dan Syed Saddiq memberi jaminan dia tidak akan culas terhadap tanggungjawabnya.

Bella pula akan terus aktif dalam kerjaya seni dan penggambaran seperti biasa. Syed Saddiq menegaskan dia tidak akan menyekat pintu rezeki kerjaya profesional bakal isterinya.

"Ya, itu memang sudah dibincangkan dari awal. Proses perkahwinan ini mengajar kita untuk ada persetujuan awal mengenai kerjaya dan rumah tangga.

"Tidak adil untuk saya sebagai suami menyekat atau memadamkan kerjaya profesional Bella,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: