Taj Izrin Aiman Juara Gran Turismo 7, Emas Kedua Negara Di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026
Majulah Esukan untuk negara!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Atlet esukan negara, Taj Izrin telah membawa pulang pingat emas kedua untuk Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026
Dia telah mengungguli saingan lain untuk Gran Turismo 7 (GT7) di Aichi Sky Expo.
Taj Izrin Aiman Taj Madira, pelumba 27 tahun ini telah menunjukkan pemanduan penuh disiplin dan hebat sepanjang tiga perlumbaan sekali gus menjadi juara setelah mengumpul 36 mata.
Izrin Aiman kini telah membawa pulang emas kedua buat kontinjen negara selepas kejayaan Adeola Fay Robert yang merupakan atlet karate negara.
Taj Izrin juga telah membawa pulang wang ganjaran RM100,000 dan sekalung pingat emas.
Wang tersebut adalah daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM80,000 dan RM20,000 lagi adalah daripada Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).

Taj Izrin Aiman Taj Madira, 27, Juara Gran Turismo 7 Kategori Esukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Image via ThreadsEsukan berjaya membawa pingat emas kedua pulang ke Malaysia
Dia juga digelar Si 'Chicken Legs' kerana dia tidak memakai kasut ketika perlumbaan ditonton oleh orang ramai secara langsung.
Taj Izrin Aiman merupakan anak didi bekas pelumba Formula 1 Malaysia iaitu Alex Yoong.
Hal ini sangat bersejarah buat industri esukan Malaysia apabila Taj Izrin adalah atlet esukan pertama Malaysia yang berjaya meraih pingat emas di Sukan Asia.
Mata penting telah berjaya dikumpul ketika menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk pusingan pertama dan kedua dan menjadi juara untuk perlumbaan terakhir.

Pada Perlumbaan 1, Taj Izrin menduduki tempat kedua dengan catatan masa 14 minit 36.103 saat di belakang Ryota Kokubun pemain Jepun.
Dia kemudianya mengekalkan tempat kedua di Perlumbaan 2 dan hanya ketinggalan 0.054 saat sahaja di belakang Kim Young Cam dari Korea Selatan.
Pada Perlumbaan 3, Taj Izrin lebih tenang dan mendahului semua pemain lain sekali gus memberinya peluang untuk memburu emas.

Pingat Perak telah dimenangi oleh wakil Arab saudi Naif AL Faleh dan Young Chan di tempat ketiga.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah buat Taj Izrin di Facebook.
"Kejayaan ini harus jadi contoh buat anak-anak muda kita. Kalau mahu main game, biarlah sampai mengharumkan nama negara seperti saudara Taj Izrin Aiman! Tahniah, kami bangga dengan kejayaan ini," kata beliau.
Di Sukan Asia 2026 sebanyak 11 acara esukan telah dipertandingkan dan Malaysia menyertai 9 daripada acara berkenaan.
Dilaporkan Harian Metro, difahamkan Taj Izrin mahu menyimpan wang tersebut untuk berkahwin kelak.
"Tetapi kalau boleh saya mahu simpan untuk diri sendiri juga. Kalau boleh, saya pun mahu masuk ke peringkat seterusnya seperti berkahwin, jadi mungkin duit itu boleh digunakan untuk perkara berkenaan," katanya
Sebagai rekod, pencapaian terbaik esukan negara ketika Sukan Asia adalah menerusi Dota 2 dengan pingat gangsa dan pingat perak buat Arena of Valor ketika Hangzhou 2022.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via