Tak Sangka Ada ‘Ride’ Kereta Api Bertemakan Anime Studio Ghibli Di Sekinchan

Pergi ke dunia Ghibli versi Malaysia.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka terdapat satu tarikan bertemakan anime terbitan Studio Ghibli di Sekinchan

Mengambil inspirasi dari Studio Ghibli, Sekinchan Express bakal membawa anda berpusing kawasan sawah pagi dan kini menjadi salah-satu tarikan baharu di pekan jelapang padi dan perkampungan nelayan Sekinchan, Selangor.

Hanya dibuka pada hujung minggu, tempat ini kira-kira sejam dari Kuala Lumpur dan sangat dikenali ramai dengan pemandangan sawah padi sejauh mata memandang.

Stesen mini ini sebenarnya terletak di Terminal Sekinchan yang mempunyai satu kapal terbang Boeing 727 yang diletakkan di tengah-tengah kawasan sawah padi tersebut.

SAYS.com
Image via @placesmalaysia / Instagram

Stesen Sekinchan Express jadi tempat wajib singgah

Pelawat hanya perlu membayar RM20 untuk harga tiket kereta api tersebut yang digelar Sekinchan Express dan mengambil masa 10 ke 15 minit untuk menyelusuri kawasan sawah padi berhampiran.

Sekinchan Express dibina dengan inspirasi daripada salah satu babak ikonik dari anime Spirited Away (Sen to Chihiro no Kamikakushi – Studio Ghibli) di mana Chihiro (watak utama) menaiki kereta api bersama-sama dengan No Name.

SAYS.com
Image via Facebook

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh bergambar dengan karakter terkenal Studio Ghibli yang lain seperti No Name, Totoro, Turnip Head dan lain-lain.

SAYS.com
Image via Dyven Wong Tak Seng / Facebook
SAYS.com
Image via Dyven Wong Tak Seng / Facebook
SAYS.com
Image via @ashaikin / Threads

Baru-baru ini tempat tersebut telah viral di laman Threads dan ramai tidak menyedari Sekinchan mempunyai tempat tarikan pelancong sebegini.

Terminal Sekinchan sebenarnya sudah 3 tahun lebih menjadi tarikan dengan kapal terbang Boeing 727 dan kini sudah mempunyai banyak tarikan-tarikan baharu untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sekinchan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: