Terengganu ‘Hat-Trick’ 7 Tahun Berturut-Turut, Kekal Negeri Terbaik STPM Dengan PNGK 3.18
Difahamkan, negeri itu mencatatkan minima Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.18, sekali gus mengatasi purata kebangsaan yang merekodkan PNGK 2.88.
Cover image via BERNAMAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terengganu sekali lagi membuktikan kecemerlangannya apabila mengekalkan kedudukan sebagai negeri terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selama tujuh tahun berturut-turut
Menurut laporan Kosmo!, berdasarkan keputusan STPM 2025 yang diumumkan hari ini, negeri itu mencatatkan Min Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.18, sekali gus mengatasi purata kebangsaan yang merekodkan PNGK 2.88.
Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Che Wan Zuraidi Che Wan Zaid berkata, seramai 112 calon berjaya memperoleh semua A Penuh dengan PNGK 4.0.
Selain itu, 147 calon lagi memperoleh semua A menerusi kombinasi A dan A-.
"Sebanyak 90.47 peratus atau 1,699 calon pula memperolehi Prinsipal dalam semua mata pelajaran yang diambil," katanya.

Menurut beliau, daripada 46 sekolah yang menawarkan STPM di Terengganu, sebanyak 43 sekolah berjaya mencatatkan pencapaian melebihi Min PNGK kebangsaan
Malah, 36 sekolah pula merekodkan Min PNGK 3.00 dan ke atas, sekali gus mengukuhkan reputasi Terengganu sebagai antara negeri paling cemerlang dalam peperiksaan prauniversiti itu.
Pencapaian tersebut menyaksikan Terengganu terus mempertahankan status sebagai negeri terbaik STPM di Malaysia buat tahun ketujuh berturut-turut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


