Tolak & Lapor Rasuah, 652 Penjawat Awam Diberi Ganjaran RM1.18 Juta Sejak Tahun 2012

Polis menjadi kumpulan penjawat awam paling ramai menerima ganjaran.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan telah memberi ganjaran sejumlah RM1.18 juta kepada 652 penjawat awam sebagai ganjaran kerana tampil melaporkan rasuah

Laporan pemberian atau penerimaan rasuah ini adalah sepanjang tempoh 2012 hingga 2025.

Ganjaran ini diberikan untuk mengiktiraf keberanian mereka dalam membantu membanteras kegiatan rasuah dalam negara.

Dilaporkan oleh Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman mengatakan empat agensi utama mencatat bilangan penerima pengiktirafan tertinggi sepanjang tempoh itu.

SAYS.com

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman.

Image via NSTP/ Ahmad Ukasyah

Agensi tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 437 orang, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) 64 orang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 33 orang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 21 orang.

Antara kes berprofil tinggi yang telah ditolak adalah tawaran RM200,000 oleh seorang pegawai PDRM di Perlis susulan kes rampasan syabu seberat 1.8 tan dan kes suapan RM45,000 di Johor.

Penilaian untuk tahun ini masih dalam proses tapisan

Bagi siri penilaian 2026, Abdul Halim mengatakan seramai 54 calon penjawat awam daripada empat agensi penguatkuasaan telah dikemukakan oleh pihak penilaian.

Tahun ini sahaja 30 kertas siasatan telah dibuka dan jumlah nilai rasuah yang cuba disogok melebihi RM300,000.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

"Penilaian tahun ini membabitkan 30 kertas siasatan dengan jumlah nilai rasuah yang cuba disogokkan mencecah RM304,621.

"Semua calon yang dinilai melepasi proses tapisan keutuhan SPRM dan semakan rekod jenayah PDRM bagi memastikan mereka memenuhi kelayakan ditetapkan.

"Daripada jumlah itu, seramai 529 individu diperaku menerima ganjaran berserta sijil, manakala 123 individu diperaku menerima sijil penghargaan,"
katanya lagi.

Tahniah semua penjawat awam yang tampil berani membendung kegiatan rasuah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: