Trump Umum AS ‘Penjaga Selat Hormuz’, Cadangan Caj 20% Perlindungan Semua Kargo Serta-Merta
'Selat Hormuz DIBUKA dan akan terus DIBUKA' – Trump.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan sekatan buat Iran di Selat Hormuz
Menurut Trump, perkara ini akan berkuatkuasa bersama-sama cadangan caj 20% ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz. Caj ini dikenakan atas dasar balasan kepada perlindungan keselamatan yang diberikan AS di laluan perairan tersebut.
"Selat Hormuz DIBUKA dan akan terus DIBUKA, sama ada dengan atau tanpa Iran," kata Trump.
"Kami menguatkuasakan semula SEKATAN KE ATAS IRAN, yang dinamakan sedemikian kerana ia hanya menghalang kapal Iran atau pelanggan Iran daripada memasuki atau meninggalkan kawasan itu. Semua negara lain akan terus menikmati penggunaan Selat Hormuz secara bebas dan terbuka," tambahnya lagi.

AS akan menyediakan perlindungan keselamatan di laluan perairan tersebut
Trump menyatakan usaha atas 'tanggungjawab' perlindungan ini, mereka sebaliknya perlu mendapatkan bayaran tol kerana melindungi perkapalan di Selat Hormuz.
"Mulai saat ini, AS akan dikenali sebagai 'PENJAGA SELAT HORMUZ.' Namun, demi keadilan, AS akan dibayar balik pada kadar 20 peratus ke atas semua kargo yang dihantar bagi menampung semua kos yang diperlukan untuk menyediakan keselamatan di kawasan dunia yang amat tidak menentu ini." katanya.

Iran sebelum ini telah mula menyekat selat itu selepas AS dan Israel melancarkan serangan dan akhirnya dilonggarkan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan memorandum persefahaman pada Jun untuk menamatkan perang.
Selain itu, Iran menegaskan mereka tidak akan membenarkan AS masuk campur dalam urusan di laluan utama minyak dan gas tersebut.
Video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via