Tular Akaun Affiliate Promosi Racun Anjing, Netizen Luah Rasa Marah & Simpati
Tergamak ya ada orang buat benda-benda macam ini.
Cover image via @aaqilss / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru tular di laman Threads apabila seorang pengguna telah terjumpa satu akaun yang menjual racun "khas" untuk membunuh anjing
Dikongsikan oleh _aaqilss di Threads, terdapat satu gambar dan video yang menunjukkan orang yang menggaulkan makanan dengan racun tersebut untuk diberikan kepada anjing-anjing liar.
Dalam video yang dikongsikan pula, terdapat seorang wanita yang menunjukkan rakaman seekor anjing terbaring keracunan dalam kesakitan dan berkemungkinan besar akan membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
"Sanggup eh kau buat affiliate benda macam ni? Mana hati perut kau? Kau tengok orang review, kau tengok ! TERGAMAKNYA KAU RECORD ANJING TU MACAM TU DAN POST REVIEW ! MANA TAHAP KEMANUSIAAN KAU? YA ALLAH. Sedihnya Allah," kata _aaqilss di Threads.
Perkara ini turut mengundang banyak kecaman dan amarah daripada orang ramai kerana menjual racun untuk membunuh haiwan yang tidak bersalah, malah ada individu yang menunjukkan rakaman terseksanya haiwan tersebut.
Dua wanita dikesan dalam ciapan tersebut seorang yang menjual dan seorang lagi yang berkongsi video rakaman anjing yang sedang terseksa akibat termakan racun.

Tiada belas kasihan hanya manusia berperangai kejam
Ramai orang meluahkan perasaan marah atas perkara ini di komen.
Ada juga individu yang telah membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan SKMM bagi memastikan akaun penjual tersebut diharamkan.
Terdapat juga satu ciapan yang menunjukkan komen review di platform kedai tersebut, di mana video itu dikongsikan oleh seorang wanita.
Penjual kepada racun tersebut juga telah memohon pemilik video untuk memadam video bagi menjaga sensitiviti.

"Dia ingat bunuh anjing tak berdosa ke?"
"Haram dipegang tidak bermakna kita boleh membunuhnya. Tolong ada simpati dan hentikan mendera haiwan"
"Weh sumpah jahat. Jangan la sampai racun anjin tu"
"Sempitlah rezeki orang-orang yang aniaya binatang"
Seorang lagi pengguna mengatakan racun itu bukan sahaja membunuh anjing tetapi boleh merosakkan ekosistem jika bangkai anjing itu mereput atau dimakan oleh haiwan lain.
"Racun tu bukan setakat bunuh anjing, bila bangkai anjing tu mereput, dia akan meresap ke tanah, merosakkan tumbuhan. Kalau ada burung atau tikus yang makan bangkai pun akan mati. Bila masuk ke longkang, mengalir ke sungai atau laut, akan membunuh haiwan akuatik pulak. Efek dia berantai. Tapi orang bodoh mana tahu fikir. Dia ingat dosa bunuh anjing je boleh bertaubat. Padahal dosa dia dah berantai sampai merosakkan alam sekitar & boleh membunuh manusia juga," kata @erika.n96 di Threads.
Melihat komen, terdapat satu tangkapan skrin yang menunjukkan bahawa pelaku tersebut mengatakan dia menerima semua teguran dan sedar akan kesalahan yang telah dia lakukan selepas menerima nasihat semua orang.
Perkara ini telah melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2015
Perlu diingatkan sebarang perbuatan menzalimi haiwan seperti mencederakan, membunuh, meracun, menyepak dan meninggalkan haiwan tanpa sebab akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Denda di bawah akta ini tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
Setakat ini, masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada platform menjual barangan popular itu atau daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Sebarang aduan kezaliman haiwan boleh dibuat di laman rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


