Tular Video Tumbler Ada Ruang Simpanan ‘Rahsia’ Letak Barang Larangan Ke Sekolah

Sekilas pandang hanya menyerupai botol air biasa sahaja.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @rohayaazlan / Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru telah berkongsi video menunjukkan seorang anak murid ditangkap menggunakan tumbler yang mempunyai ruang simpanan rahsia

Ruang simpanan rahsia dalam tumbler itu digunakan untuk menyembunyikan barangan terlarang yang tidak boleh dibawa ke sekolah.

Menerusi hantaran dari Threads, @rohayaazlan berkongsi video dan berpesan guru-guru supaya memeriksa barangan peribadi yang dibawa oleh murid ke sekolah.

"Cikgu-cikgu sekalian, semoga selepas ini…cuba periksa tumbler anak-anak murid ya… Ada tak yang bawa benda terlarang di sebalik tumbler seperti ini," katanya di Threads.

SAYS.com
Image via @rohayaazlan / Threads

Sekilas pandang tampak seperti botol air biasa sahaja

Seperti yang dikongsikan, botol air berwarna hitam tersebut tampak seperti botol air biasa.

Tetapi semuanya terbongkar apabila ia mempunyai satu bahagian simpanan di bahagian bawah botol yang boleh dibuka dengan memutarkan bahagian tersebut.

Pelajar tersebut telah menyembunyikan telefon pintarnya di bahagian dalam botol air.

SAYS.com
Image via @rohayaazlan / Threads

Lebih merisaukan apabila diperiksa dengan lebih lanjut oleh guru tersebut, terdapat satu lagi bahagian simpanan rahsia yang mempunyai vape.

Rupa-rupanya bahagian atas botol air tersebut juga mempunyai ruang simpanan rahsia kecil dan muat untuk menyembunyikan barang terlarang dan dalam kes ini ia adalah rokok elektronik (vape).

SAYS.com
Image via @rohayaazlan / Threads

Di bahagian komen Threads tersebut, ada beberapa orang mencadangkan sekolah hanya membenarkan penggunaan botol air lutsinar sahaja supaya mereka tidak boleh menyembunyikan barangan terlarang di dalam botol air.

Ada juga netizen yang bimbang dan berharap pihak sekolah untuk memperketatkan lagi peraturan bagi mengelakkan penyalahgunaan botol air jenis berkenaan.

Guru-guru dan ibu bapa dinasihatkan agar lebih peka dengan barangan yang dibawa anak-anak ke sekolah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: