Uber Bakal Amik Alih Foodpanda, Delivery Hero Dengan Tawaran RM60.3 Bilion

Difahamkan, Foodpanda Malaysia akan beroperasi seperti biasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Delivery Hero & Foodpanda

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Uber baru-baru ini mengumumkan pengambil-alihan dan penyatuan perniagaan bersama-sama Delivery Hero

Delivery Hero adalah salah satu syarikat penghantaran makanan yang turut merupakan pemilik Foodpanda di Asia Tenggara. Uber telah melakukan tawaran sebanyak AS$14.8 bilion (RM60.3 bilion).

Setelah transaksi ini, Uber secara tidak langsung mengambil alih 50 pasaran di bawah Delivery Hero termasuk FoodPanda Malaysia, Singapura dan juga FoodPanda pasaran lain.

Selain Foodpanda, jenama lain yang berada di bawah Delivery Hero seperti HungerStation, Glovo, PedidosYa, Talabat dan Baedal Minjok juga diambil-alih.

SAYS.com
Image via Lowyat

Gabungan platform ini bakal memperluaskan lagi Uber kepada lebih jutaan pengguna

Menurut Uber, hasil gabungan ini membolehkan mereka memperluaskan lagi kemudahan penghantaran kepada jutaan pengguna di seluruh dunia di samping menjaga kebajikan dan memberikan peluang baru buat peniaga dan penghantar.

SAYS.com
Image via Lowyat

Uber akan mengekalkan ibu pejabat Delivery Hero di Jerman buat masa ini sehingga sekurang-kurangnya 2029 sebelum membuat apa-apa perubahan drastik.

Setakat ini tiada lagi kenyataan rasmi daripada Foodpanda Malaysia mengenai amik alih ini. Operasi Foodpanda juga akan diteruskan seperti biasa.

Uber sebelum ini telah keluar daripada pasaran Asia Tenggara kira-kira tahun 2018 setelah menjual operasi mereka kepada Grab. Pengambilalihan ini bermakna Uber akan kembali ke kawasan Asia Tenggara melalui Delivery Hero.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: