UEFA Lancar Boikot Terhadap FIFA, Bantah Pelan Penjualan Hak Cipta Kejohanan

Piala Dunia bukan untuk dijual.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram & UEFA / X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan persatuan kebangsaan tidak akan menyertai mana-mana pertandingan di bawah FIFA

FIFA baru-baru ini telah bercadang untuk memindahkan hak Piala Dunia serta kejohahan di bawah FIFA kepada pelabur swasta.

Kenyataan rasmi ini telah dibuat semalam oleh UEFA menyatakan mereka sebulat suara menentang cadangan tersebut kerana Piala Dunia bukan produk pelaburan.

"Ini adalah legasi bola sepak. Ia telah dibina oleh banyak generasi pemain, pasukan negara dan penyonok serata benua. Tiada mana-mana bahagiannya wajar diberi kepada pelabur swasta. Piala Dunia bukan untuk dijual," dalam kenyataan tersebut.

UEFA juga mendakwa perkara ini sangat tidak bertanggungjawab apabila FIFA telah membuat keputusan secara rahsia tanpa berunding dengan pihak lain yang bertanggungjawab untuk menjaga masa depan bola sepak.

Tambahan dari UEFA, langkah membawa pelabur swasta ini boleh mengubah keutamaan bola sepak daripada kepentingan sukan kepada keuntungan pemegang saham semata-mata.

SAYS.com
Image via UEFA

Model ini tidak mempunyai tempat dalam bola sepak antarabangsa

Pelan yang akan diputuskan oleh FIFA ialah membenarkan pegangan minoriti buat pelabur swasta, di mana jika ia lulus semua 211 ahli gabungan FIFA akan menerima bayaran sebanyak AS$20 juta (RM92.4 juta) pada awal 2027.

Tetapi, UEFA yang diketuai oleh Aleksander Ceferin menegaskan model ini tidak mempunyai tempat dalam bola sepak antarabangsa.

SAYS.com
Image via BBC

"Bola sepak tidak boleh ditentukan oleh pihak yang tugas utamanya adalah memaksimumkan keuntungan. Kepentingan persatuan kebangsaan, liga, kelab, pemain dan penyokong tidak boleh dikorbankan demi pulangan pelabur.

"Bola sepak tidak boleh menggadaikan masa depannya semata-mata untuk keuntungan kewangan,"
kata UEFA.

Eropah tidak akan sekali-kali memberikan sokongan kepada model pemilikan swasta terhadap kejohanan bola sepak.

Cadangan FIFA ini juga menerima bantahan daripada beberapa persatuan bola sepak Eropah dan pegawai Kesatuan Eropah (EU) mengenai masalah komersialisasi sukan yang berkemungkinan akan menimbulkan konflik kepentingan.

UEFA turut menyatakan cadangan ini adalah satu kegagalan kepimpinan yang serius kerana dibangunkan secara rahsia tanpa rundingan.

"Bola sepak mempunyai nilai yang tidak boleh dijual beli. Piala Dunia adalah milik bola sepak dan akan kekal begitu. Selagi Eropah mempunyai suara, ia tidak akan sesekali dijual," ujar UEFA.

SAYS.com
Image via Houston Chronicles

Piala Dunia tahun ini nyata membawa kontroversi akibat menjadi pertandingan yang terlalu dikomersialkan sehingga terdapat beberapa situasi yang mengganggu aliran pertandingan berprestij itu sendiri.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: