UIAM Cipta Sejarah, Terima Lapan Pasangan Kembar Serentak Sebagai Mahasiswa Baharu

Pandai-pandai semua.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencipta sejarah tersendiri apabila menerima kemasukan lapan pasangan kembar serentak sebagai mahasiswa baharu bagi sesi pengajian kali ini

Menurut laporan Harian Metro, kehadiran mereka menjadi antara tumpuan semasa pendaftaran lebih 5,000 pelajar baharu di Pusat Asasi UIAM yang melibatkan kampus Gambang dan Kuantan.

Daripada jumlah itu, tiga pasangan merupakan kembar lelaki manakala lima lagi pasangan kembar perempuan yang mengikuti pelbagai bidang pengajian.

Bagi pasangan kembar dari Klang, Selangor iaitu Siti Nur Damia Tasnif Luqman dan Siti Nur Dania Tasnim, kedua-duanya meluahkan rasa syukur apabila berjaya melanjutkan pengajian di universiti yang menjadi pilihan utama mereka.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut Damia, suasana kampus yang menitikberatkan nilai Islam serta keseimbangan antara pendidikan akademik dan agama menjadi faktor utama mereka memilih UIAM.

"Selain menimba ilmu akademik, kami juga berpeluang mendalami ilmu agama dalam persekitaran yang selesa dan kondusif. Itu antara sebab kami menjadikan UIAM sebagai pilihan pertama," katanya.

Mereka yang berusia 18 tahun turut memilih jurusan Sains Fizikal dengan harapan dapat merealisasikan cita-cita masing-masing pada masa hadapan

Sementara itu, pasangan kembar Elya Dania Azman dan Elya Diana turut berkongsi kegembiraan apabila diterima masuk ke universiti impian mereka.

Menurut Elya Dania, walaupun mereka tidak ditempatkan dalam bilik penginapan yang sama, perkara itu tidak menjejaskan semangat untuk berjaya dalam pengajian.

"Kami mahu membuktikan kejayaan kepada ibu bapa dan berusaha mencapai cita-cita dalam bidang yang diminati," katanya.

Pasangan kembar lain, Nur Dhia Danisha Muhammad Yusri dan Nur Adini Darwisya pula memilih bidang yang berbeza apabila seorang mengikuti jurusan Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar manakala seorang lagi dalam bidang kejururawatan.

Mereka mengakui sokongan ibu bapa menjadi pendorong utama untuk memilih UIAM sebagai destinasi melanjutkan pengajian.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Pusat Asasi UIAM Kampus Gambang dan Kuantan, Dr. Nazira Zubir berkata, kemasukan lapan pasangan kembar serentak merupakan rekod baharu buat institusi berkenaan.

Menurutnya, tahun lalu UIAM hanya menerima lima pasangan kembar, namun jumlah itu meningkat kepada lapan pasangan pada tahun ini.

"Daripada jumlah tersebut, empat pasangan ditempatkan di Kampus Gambang manakala empat lagi di Kampus Kuantan," katanya.

Beliau menyifatkan kehadiran pasangan-pasangan kembar itu sebagai satu fenomena unik yang mewarnai sesi pendaftaran mahasiswa baharu UIAM tahun ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: