Umat Islam Kini Dibenarkan Solat Jumaat Sementara Di Outreach Oasis Bukit Bintang
Lepas ini dah tak susah nak cari tempat solat Jumaat kalau berada di Bukit Bintang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula hari ini (19 Jun), umat Islam yang berada di sekitar Bukit Bintang tidak lagi perlu tergesa-gesa atau meredah kesesakan untuk mencari masjid bagi menunaikan solat Jumaat
Outreach Oasis Bukit Bintang kini dibenarkan menjadi lokasi sementara solat Jumaat selepas menerima kelulusan khas, sementara pembinaan surau Jumaat kekal di kawasan berkenaan disiapkan.
Menurut laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hassan berkata, kemudahan itu bakal menjadi satu lembaran baharu buat komuniti Islam di kawasan tumpuan pelancong tersebut.
"Sejarah bakal tercipta di Bukit Bintang. Atas izin Allah dan kelulusan khas, solat Jumaat kini boleh ditunaikan di Outreach Oasis Bukit Bintang buat sementara waktu sehingga surau Jumaat kekal siap dibina kelak.
"Selepas ini, tak perlu lagi kelam-kabut mengejar masa atau bersesak pergi jauh demi menunaikan kewajipan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroBeliau turut mengajak umat Islam, khususnya warga Bukit Bintang dan sekitarnya, hadir memeriahkan solat Jumaat pertama di lokasi berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap syiar Islam
"Jom penuhkan saf. Hari Jumaat adalah hari penuh barakah. Kita rehatkan minda, bersihkan jiwa dan bersama-sama mengimarahkan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang," katanya.
Sebelum ini, kerajaan memaklumkan usaha sedang giat dilakukan bagi mewujudkan sebuah surau Jumaat yang lebih selesa di Bukit Bintang, sekali gus memudahkan masyarakat Islam serta para pekerja dan pengunjung di kawasan pelancongan itu menunaikan ibadah dengan lebih mudah.
"Tak perlu lagi berkejar ke masjid yang jauh, kini syiar Islam semakin mekar di tengah-tengah nadi pelancongan ibu kota," katanya.
Lihat hantaran di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via